Pelawak dan pengacara, Atu Zero mendedah dia barsama isteri kini dalam persiapan untuk menghantar bantuan berbentuk pakaian baju pelindung (PPE) buat para petugas di hospital sekitar Sabah.

Menurut Atu, meski ramai yang melabelkannya seperti menunjuk-nunjuk, dia tidak mahu mengambil kisah kerana keselamatan para frontliner harus diberikan keutamaan.

View this post on Instagram

Salam semua Alhamdulilah Sekarang ini dana yang kami ada pakai dana sendiri ada juga kawan2 artis dan kawan2 yang sudi bagi sikit dana Terima kasih semua… Memang banyak yang tidak cukup mana yg mampu kita tolong ada lagi duit kempen hari tu kita boleh salurkan,walaupun ramai orang sabah kecewa dengan zero tidak mengapa kita tidak marah😊 Tiada niat menunjuk2 kebaikan kita buat,semua ini sebab kita sayang semua… #Repost @shafeeqajohari with @get_repost ・・・ Ha… kan dah kene membebel 🤣🤣🤣🤣 ppe 2.0 ke sabah pula…. mcm best kan buat ppe 🤣🤣🤣… xpa.. kita bantu kepada siapa yg memerlukan… atu dia tolong lipat tolong pack… sy cuma nak cara mcm mana sy nk hantar ke semporna dan kk… siapa tahu boleh pm sy #sayabacakomenkamu #pantangmundurkecualianknngis #pantangmundurkecualisygbini #pantangmundurkecualioperasi

A post shared by Minta Tunjuk Ajar (@akueatu) on

“Salam semua. Alhamdulilah. Sekarang ini dana yang kami ada pakai dana sendiri. Ada juga kawan-kawan artis dan kawan-kawan yang sudi bagi sikit dana. Terima kasih semua.

“Memang banyak yang tidak cukup mana yang mampu kita tolong. Ada lagi duit kempen hari tu kita boleh salurkan.

“Walaupun ramai orang Sabah kecewa dengan zero tidak mengapa kita tidak marah.

Ads

“Tiada niat menunjuk2 kebaikan kita buat, semua ini sebab kita sayang semua,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh anggota kumpulan lawak, Zero itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, isteri kepada Atu yang juga merupakan pereka fesyen, Shafeeqa Johari turut menyeru kepada orang ramai agar turut sama-sama menghulurkan bantuan supaya misi ini dapat diperluaskan.

View this post on Instagram

Semoga dipermudahkan kami sukarelawan untuk membantu barisan hadapan di sabah.. kat sana 60% doc adalah dr semenanjung. Kita bantu mereka ibarat kita bantu org2 semenanjung juga. Mcm mana kita hadapi COVID-19 awal2 dulu, mcm tu lah mereka… sama2 lah kita bantu… siapa2 yg boleh sumbang dana atau ada ppe yg boleh anda bagi kepada kami untuk dihantar ke sana boleh pm sy… jika ada fabric, sy akan usahakan untuk menjahit ppe bersama volunteer lain… minta tolong sama2 kita selamatkan negara.. bersatulah kita… Terima kasih Hati ini sedang risau… jika yg terjangkit itu adalah salah seorang saudara kita… 😭. Saya tiada company/yayasan. Mmg niat sukarela nak membantu… @akueatu

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari) on

Ads

“Semoga dipermudahkan kami sukarelawan untuk membantu barisan hadapan di sabah.

“Dekat sana 60% doktor adalah dari semenanjung. Kita bantu mereka ibarat kita bantu orang-orang semenanjung juga. Mcm mana kita hadapi COVID-19 awal-awal dulu, macam tu lah mereka.

“Sama-samalah kita bantu. Siapa-siapa yang boleh sumbang dana atau ada ppe yang boleh anda bagi kepada kami untuk dihantar ke sana boleh pm saya.

Ads

“Jika ada fabric, saya akan usahakan untuk menjahit ppe bersama volunteer lain. Minta tolong sama-sama kita selamatkan negara. Bersatulah kita. Terima kasih

“Hati ini sedang risau. Jika yang terjangkit itu adalah salah seorang saudara kita. Saya tiada company/yayasan. Memang niat sukarela nak membantu,” kongsinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memuji usaha selain turut mendoakan semoga urusan Atu dan isteri dipermudahkan.

“Tiada Niat Menunjuk Kebaikan, Semua Ini Sebab…,” – Sukarela Nak Bantu, Atu Zero & Isteri Hantar Bantuan PPE Ke Sabah “Tiada Niat Menunjuk Kebaikan, Semua Ini Sebab…,” – Sukarela Nak Bantu, Atu Zero & Isteri Hantar Bantuan PPE Ke Sabah

Sumber: Instagram Atu Zero & Syafeeqa Johari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI