Pelakon yang juga selebriti ular, Dwan Hamid berharap tiada lagi salah faham berlaku terhadap dirinya selepas didakwa mengambil kesempatan dan mempergunakan bekas wartawan hiburan popular Allahyarham Huzz semasa hayatnya.
Menurut Dwan, niatnya ikhlas menjaga Huzz atau nama sebenarnya, Kamal Huzaini Kamaludin yang sebelum ini menjalani rawatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum Allahyarham dibawa pulang ke kediaman keluarga di Pulau Pinang.
Meski ada netizen yang menuduh, Dwan atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuwan Shahul Hamid bagaimanapun tidak kecewa kerana niatnya membantu selamat beberapa hari ikhlas kerana Allah.
“Sejak saya mula berjinak-jinak menjadi pelakon tahun 2010, saya bukan siapa-siapa dan Huzz ialah wartawan pertama yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan buat cerita pasal saya lalu disiarkan di media cetak.
“Meski arwah wartawan terkenal tapi sangat merendah diri dan suka membantu orang lain juga untuk terus maju. Huzz memang suka tengok orang lain berjaya.
“Di kala tiada siapa yang mahu memberi ruang publisiti kepada saya, hatinya mulia mahu membantu anak-anak muda seperti saya yang berhijrah dari Taiping, Perak ke Kuala Lumpur demi mencuba nasib dalam bidang seni.
“Jadi apabila dapat tahu Huzz sakit, saya mengambil masa beberapa hari untuk menjaganya. Selain mahu lihat dia kembali sihat ketika itu, saya mengenangkan segala kebaikannya kepada saya. Jasanya tak dapat saya balas, hanya Allah yang mampu membalasnya.
Ads
“Ikhlas daripada hati, saya memohon maaf kepada keluarga Huzz jika sepanjang saya menjaga arwah, telah menyinggung perasaan mereka.
“Saya tiada niat untuk membelakangkan peranan keluarga, jauh sekali menggantikan tempat mereka. Saya hanya menggunakan peluang ketika itu untuk menjaga insan yang banyak membantu dan sangat saya hormati.
“Saya harap tiada lagi salah faham. Saya juga bercadang mahu bertemu sendiri dengan keluarga arwah untuk meminta maaf atas salah faham yang berlaku,” katanya.
Huzz meninggal dunia akibat kanser usus pada 8 Jun lalu di kediaman keluarganya di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Ads
Jenazah Huzz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat daerah Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, Pulau Pinang.
Sebelum ini, apabila Dwan memuatnaik gambarnya menjaga Huzz di HKL dalam media sosial, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan kelibat ahli keluarga.
“Kebetulan saya datang ahli keluarga Huzz dah balik, jadi gambar tersebut mungkin menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.
“Lagi pun, tujuan gambar tersebut diletakkan di akaun TikTok adalah untuk ajak orang ramai doakan Huzz, di samping memberitahu rakan-rakan terdekat untuk ziarah Huzz. Niat saya baik. Tak tahu pula ada yang salah faham,” ujarnya lagi.
Ads
Dwan juga menyifatkan Huzz seorang yang sentiasa mahu melihat orang di sekelilingnya berjaya.
“Saya masih ingat lagi. Huzz pernah nasihatkan saya agar tidak berputus asa mengejar kejayaan kerana katanya, usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Selain sentiasa memohon kepada Allah kerana rezeki daripadaNya bukan manusia.
“Walaupun sekarang saya tidaklah popular seperti pelakon-pelakon lain, namun saya bersyukur dapat menjalankan bisnes sendiri dan masih aktif sebagai pemain ular,” ujarnya.
Sebelum ini, Dwan pernah muncul dalam drama Maaf Aku Tak Sempurna, Tanah Kubur dan filem Dollah Superstar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies hadir bersama di Kompleks Mahkamah Syrariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu bagi prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka.
Kedua-dua mereka dilihat tenang bertemu media sebelum masuk ke bilik perbicaraan.
Pada masa sama, Aliff berharap kes melibatkan mereka berjalan lancar.
“Doakan semua berjalan lancar. Kita tunggu sahaja selepas perbicaraan.
“Terima kasih kepada rakan media yang sudi hadir. Minta doa yang baik-baik,”katanya ringkas.
Pelakon ini juga dilihat tidak mengelak bertemu pengamal media seperti mana perbicaraan kes cerai sebelum ini bersama bekas isteri, Bella Astillah.
Sementara itu Ruhainies juga turut meluahkan perkara ama.
“Terima kasih kerana sudi datang. Doakan yang terbaik buat kami,” jelasnya.
Pertuduh dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.
Perbicaraan melibatkan kes khalwat, persetubuhan haram dan bersekedudukan.
Kedua-dua mereka diwakili peguam sama iaitu Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.
Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
Padang 20 Jun lalu mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik coretan lamanya khusus buat rakan artis, Bella Astilah yang telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.
Menerusi tulisan berkenaan, Puteri Sarah yang kini sudah berpisah dengan bekas suami, pengarah Syamsul Yusof pada Jun tahun lalu mengakui sebelum ini dia tidak suka akan perpisahan.
Bagaimanapun, dia akhirnya mengerti bahawa sesuatu yang terjadi mempuyai sebab tersendiri.
“Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu.
“Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya.
“Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan disitulah kesalahan saya selama ni; takut akan segalanya.
“Dan sekarang saya mengerti. Ketika sesuatu berakhir, itu berakhir kerana suatu alasan. Ketika sesuatu tidak berhasil, itu tidak berhasil kerana sesuatu alasan,” kongsinya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga menyifatkan apa terjadi juga adalah suratan Yang Maha Esa dan bersabar dalam menempuhi ujian.
“Kamu tahu melepaskan itu indah. Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin- Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu.
“Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran, ada hal yang indah yang menantimu, titipnya lagi.
Terdahulu, Bella, 30, atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.
Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding tersebut susulan mempunyai komitmen penggambaran.
“Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar,” kata Bella.
Sementara itu, peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, hari ini (Rabu) adalah tarikh sebutan pertama perceraian.
“Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.
“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida yang baru sahaja muncul dengan single serentak muzik video terbaharu, Kuikhlaskan terharu atas sambutan baik yang diterima terhadap buah tangan terkininya itu.
Menurut Vida, harapannya juga besar untuk melihat naskhah tersebut mendapat tontonan tinggi dalam tempoh 24 jam.
Vida berkongsi perkara tersebut menerusi Insta Stories sejurus melancarkan muzik video berkenaan kira-kira jam 3.00 pagi tadi.
“Setelah menunggu sekian lama, saya minta maaf atas penantian semua. Tapi saya yakin kalian sokong saya dan setelah melihat pada sambutan, saya sangat terharu kerana ramai yang ikhlas memberikan komen pada karya Kuikhlaskan.
“Yang saya rasa tak pernah menerima kata-kata seindah ini, melainkan pada malam ini. Dengan hasil pada Kuikhlaskan, saya diberi kasih sayang daripada semua. Dan saya mahu anda kongsikan muzik video ini supaya dapat sasaran saya seterusnya iaitu tiga juta ‘views’ sehari.
“Saya lancarkan 3.00 pagi itu sudah ditakdirkan. Its happened and just go with the flow. Mahu anda beri sokongan pada saya. Make it happen three million viewer a day,” katanya.
Terdahulu, Vida yang juga Presiden Netizen Big Stage 2022 sebelum in memuat naik teaser muzik video berkenaan lengkap dengan mengenakan persalinan unik serta solekan artistik di Instagram.
Perkongsian berkenaan menerima reaksi pelbagai netizen susulan penampilannya itu.
Sehingga kini, muzik video berkenaan sudah pun meraih lebih 15,000 tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!