“Tidak ada pembaharuan dari segi persembahan.” Itu kata ketua juri program Gegar Vaganza 6 (GV6), Datuk Ramli MS ketika ditanya apakah punca yang menyebabkan penyanyi Roy, diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu kelapan saingan.
Dalam konsert yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA itu, bintang berkenaan mendapat markah sebanyak 55 peratus menerusi lagu Seniman Menangis, sekali gus menyekat persaingannya untuk melangkah ke peringkat suku akhir, minggu depan.
“Apabila kita melihat kepada perkara itu, ya ia ‘stagnant’. Jadi kami para juri sepakat untuk pemberian markah,” katanya di sidang media.
Ditanya mengenai sisi pemilihan lagu serta prestasi para peserta pula, Ramli mengakui terbuka akan hal tersebut, selagi penyanyi yang bakal menyampaikan sesebuah lagu itu mampu berkarya, ‘mewarnai’ lagu.
“Nyanyi lagu apa pun, walau lagu Sarung Guni kat belakang tu pun… Saya okay. Selagi penyanyi itu berkarya dan nyanyian.
“Mana yang agak ‘ortodoks thinking’ dia akan… Sedangkan semua orang berlari sangat laju ke depan, lebih-lebih lagi yang mendapat markah tinggi itu.
Ads
“Jadi kalau lambat, akan ketinggalan ke belakang,” jelasnya.
Sementara itu, Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi positif dan reda apabila namanya umumkan sebagai peserta kelapan tersingkir.
“Sepatutnya saya kena nyanyi lagu yang lebih bagus dari versi Datuk Jamal Abdillah. Jadi juri sebelum ini minta saya untuk tukar stail yang lain. Misalnya Jamal nyanyi dalam ‘sekat… sekat…sekat’. Saya pula menyanyi secara ‘continues’.
Ads
“Itu Tok Ram punya pandangan supaya saya ‘lari’ dari bayangan versi Jamal. Akan tetapi saya rasa versi Jamal Abdillah sudah pun yang terbaik.
“Mahu tak mahu, saya kena buat juga. Misalnya kalau nak buat lenggok lain pun rasanya tak berapa sesuai. Ditambah pula dengan keadaan saya yang tidak berapa sihat sebenarnya.
“Apa yang dicadangkan Tok Ram itu bagus, tinggal lagi saya tidak dalam keadaan yang baik. Saya juga hampir-hampir alami suara koyak seperti Sham Visa. Saya kena jaga-jaga supaya suara tidak pecah.
Ads
“Seminggu lebih, malah ketika menyampaikan lagu Hajat lagi saya sudah tidak berapa sihat,” terang Roy jujur.
Sementara itu, peserta yang masih lagi kekal dalam saingan ialah Wann, Norshila Amin, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Hady Mirza, Jatt dan kumpulan One Nation Emcees.
Selain Ramli, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetapnya, Hetty Koes Endang sementara komposer lagu terkenal, Fauzi Marzuki dan pelakon Datuk Tamimi Serigar diundang sebagai juri jemputan.
GV6 bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD setiap Ahad jam 9.00 malam dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin ada berkongsi perkembangan terkininya selepas menjalani pembedahan ligamen lutut ACL (Anterior Cruciate Ligament) lebih kurang dua minggu lalu.
Menurut PU Amin, dia kini harus menjalani sesi fisioterapi dan berehat daripada segala aktiviti sukan buat sementara waktu.
Selepas menjuarai program The Hardest Singing Show (THSS), penyanyi Aepul Roza mendedahkan dia dan kumpulannya, Drama Band kini semakin kerap menerima tawaran untuk membuat persembahan dengan gimik-gimik ekstrem.