“Tiada Penawar, Boleh Hilang Bulu Mata & Kening” – Kebotakan Kritikal, Alopecia Ragut Keyakinan Elizabeth Tan

Share

Disebalik kejelitaan yang sering dilihat di sosial media mahupun kaca televisyen, rupanya-rupanya pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mempunyai penyakit ‘autoimun’ yang sebenarnya telah lama disimpan.

Menurut Elizabeth, penyakit tersebut  sebenarnya sudah dialaminya sejak usianya masih kecil yang menyebabkan kulitnya sering kali bermasalah.

Manakala alopecia atau
masalah keguguran rambut kritikal pula sememangnya telah meragut keyakinannya sejak tahun 2018.

“Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit.

“Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopecia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.

“Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepasa krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya.

Penyanyi lagu, Sudah itu ditemui ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Katanya lagi, antara sebab dia menyimpan perkara ini daripada pengetahuan orang ramai adalah kerana enggan meraih simpati

“Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai, terutamanya peminat.

“Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan. Penyakit ini tiada penawar dan boleh menyebabkan hilang bulu kening dan bulu mata.

“Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami. Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini.

“Saya pun baru sahaja menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan saya memotong rambut seperti lelaki.

“Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopecia kembali menyerang selepas saya memotong rambut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Lizzy turut memberitahu, penyakit ini juga sedikit sebanyak menambahkan kegusarannya bagi menjalani proses kehamilan.

Artikel Berkaitan;

“Simple Sangat, Effect Macam Tak Cukup,” – Babak Bercium Dalam Abang Long Fadil 3, Elizabeth Tan Akui Boleh Buat Lebih Baik

“Sebelum Daki Saya Nangis Berjam-Jam…,” – Atasi Ketakutan, Elizabeth Tan Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Kongsi Foto Perut Kempis, Elizabeth Tan Mengaku Belum Lagi Berbadan Dua – “Saya Tak Pregnant.”

“Ia juga merisaukan saya sekiranya saya merancang untuk hamil. Saya takut ia juga akan memberi kesan terhadap sistem imun saya.

“Doktor juga tidak boleh mengesahkan mengenai perkara ini. Sama ada boleh terkena juga atau tidak. Saya juga bimbang genetik ini akan terkena kepada anak saya juga nanti.

“Suami pun kata dia akan tetap menyayangi saya kalau meskipun saya akan botak,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf