“Ia bukan tugas kami (tiada penyingkiran atau sebaliknya), kami pihak juri hanya ditugaskan untuk memberi markah.” Itu kata ketua juri program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Datuk Ramli MS ketika ditanya pendiriannya apabila tiada peserta yang tersingkir pada minggu kelima konsert yang bersiaran malam tadi.

Jelasnya lagi, setiap keputusan yang dibuat berkaitan hal berkenaan adalah terletak atas pihak Astro.

“Kalau kamu kata bersetuju untuk adanya penyingkiran, maknanya peserta yang menduduki ranking paling bawah akan terkeluarlah.

“Apa pun setiap keputusan sama ada ada penyingkiran atau sebaliknya adalah di bawah pihak Astro,” katanya selepas ditanya sama ada kesemua peserta minggu ini selayaknya diselamatkan minggu ini atau sebaliknya.

Tiada Penyingkiran Minggu Kelima GV6, “Ia Bukan Tugas Kami,” – Tok Ram Nyatakan Pendirian

Ads

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Mohd Kamal menjelaskan pihaknya memang sudah merancang untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran pada minggu kelima konsert.

“Memang sudah dirancang, tiada penyingkiran untuk konsert kelima. Kalau nak diikutkan, sekarang ada 10 peserta bertanding, ada minggu ‘yang lebih’ untuk siri konsert seterusnya.

Ads

“Jadi kalau ada penyingkiran yang banyak, ia akan menjadi pendek dari sudut ‘content’. Itu adalah antara strategi kami untuk mengekalkan ‘content’ dalam GV kali ini.

“Bagaimanapun ada kemungkinan peserta akan disingkirkan dua sekali gus selepas ini. Apa pun sudah tentu ia akan melalui proses perbincangan bersama pihak juri dan produksi.

Ads

“Lazimnya, selepas selesai konsert kami akan berbincang sama ada untuk singkirkan satu atau dua peserta yang mempunyai markah paling rendah,” terang Emarina.

Terdahulu, konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan Nurfatimah mengumpul markah paling rendah di kalangan para peserta lainnya dengan mengumpul markah sebanyak 50 peratus.

Bintang itu menyampaikan lagu Can’t Fight the Moonlight yang dipopularkan oleh LeAnn Rimes.

Kesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam pula tampil sebagai juri jemputan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI