Hiburan

“Tiada Perkataan Dapat Menggambarkan Betapa Bermakna Anda Kepada Saya,” – Adele Menangis Ketika Celine Dion Hadir Menonton Persembahannya

Share

Adele tidak dapat menahan air mata apabila melihat Celine Dion hadir menonton persembahan residensinya di Las Vegas, Sabtu lalu. Dia yang sedang menyanyi berhenti serta-merta lalu memeluk idolanya itu.

Berkongsi momen tersebut di laman Instagram, pelantun lagu Hometown Glory itu menyifatkan pertemuan itu sebuah momen yang paling berharga bagi dirinya apatah lagi dewan residensi itu sebelum ini dibina khas buat Celine Dion.

“Saya telah membuat persembahan di ruang Celine Dion di Colosseum selama hampir dua tahun sekarang. Empat minggu lagi persembahan saya akan selesai! Ia adalah satu-satunya tempat yang saya mahu buat persembahan di Vegas kerana pasa asalnya ia dibina untuk Celine.

“Saya mempunyai gambar Celine betul-betul di sebelah pentas, yang mana saya sentuh gambar itu setiap malam sebelum saya naik ke pentas. Kedatangannya ke persembahan hujung minggu ini adalah satu kejutan dan ia merupakan satu momen,” tulisnya.

Menambah lagi, dia turut menzahirkan rasa kasih dan hormatnya kepada bintang senior itu yang sebelum ini memiliki masalah Kesihatan kritikal.

“Saya sayang awak sangat sangat sangat. Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa bermakna anda kepada saya.

“Apatah lagi melihat anda kembali ke tempat ini bersama seisi keluargaa. Saya sangat suka berada di sana ia merupakan satu penghormatan dan malam Sabtuitu  akan menjadi sesuatu yang saya ingat selama-lamanya,” tulisnya lagi.

Persembahan yang dinamakan Weekends With Adele akan berakhir kelak. Penyanyi popular itu dijadualkan mengadakan persembahan terakhirnya pada hari Sabtu, 23 November akan datang.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen