Baru-baru ini, selebriti sensasi Zarina Anjoulie mengakui tidak berasa malu berkongsi perkara sebenar bersama netizen tentang perubahan yang dilakukan terhadap seluruh tubuh badannya demi untuk tampak cantik.
Jelasnya, dia tidak menyifatkan perkara tersebut sebagai mengaibkan atau memalukan terhadap dirinya.
“apa2 yg anju buat dgn muka n badan semua anju tak pernah nk hide dari netizen … anju lipo muka perut lengan …. adjust bibir … inject DNA salmon kat muka tiap bulan … dripping sometimes…
“ada yg cakap kenapa nk tunjuk org n bagitau apa anju buat ibarat buka aib.. to me ni bukan buka aib im merely sharing my experiences,” tulisnya di satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, ada segelintir peminat yang bertanyakan mengenai perihal hubungannya bersama pelakon dan usahawan, Zoey Rahman menerusi ruangan komen entri berkenaan.
“Lame dh x tngk vcll dgn sidia,” tulisnya.
Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini memberitahu ingin menjalani perhubungan tersebut secara privasi tanpa gangguan daripada orang sekeliling.
“I want to enjoy my relationship in private tanpa gangguan manusia lain,” balasnya.
Hubungan akrab di antara mereka mulai menjadi sebutan selepas kedua-duanya dilihat kerap membuat sesi siaran langsung di Instagram sekitar bulan Julai lalu.
Foto: Instagram Zarina Anjoulie