Gara-gara hujan lebat, sesi penggambaran terpaksa dihentikan dan kesemua pelakon serta krew produksi harus berteduh di bawah khemah kecil.
Itulah antara realiti yang harus dilalui sebagai seorang anak seni seperti yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon, Adibah Noor.
Menurut Adibah, meski kerjaya sebagai seorang anak seni kadang-kala dipandang sepi, masih ada diantara mereka yang masih bertahan dan ingin terus berkarya.
tiada pihak yg menganggap kami ni essential service.. sedangkan sedar/tidak, terima/tidak, angkat phone, bukak tv/radio memang cari benda utk hiburkan hati…
tak apa.
kami tetap di sini.
berkarya, di hadapan/belakang lensa, walau sering dipandang sepi…
“Tiada pihak yang menganggap kami ni ‘perkhidmatan perlu’ (essential service), sedangkan sedar atau tidak terima atau tidak, angkat phone, buka tv atau radio memang cari benda untuk hiburkan hati.
“Tak mengapa. Kami tetap di sini berkarya di hadapan atau belakang lensa walau sering dipandang sepi.
Ads
“Syukur alhamdulillah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Twitter miliknya.
Ads
Menerusi video berkenaan, Adibah bersama krew produksi dilihat terpaksa berteduh di bawah sebuah khemah sementara menunggu hujan lebat reda.
Meninjau pula di ruangan komen, rata-rata netizen meberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar urusan pihak produksi dipermudahkan.
Sumber: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menampilkan anak teruna, Wan Ammar Haikal dalam entri terbaharu, Ameng Spring bergabung menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan olehnya dahulu, Sejiwa.
Ameng memetik gitar sementara Haikal mengalunkan lagu siulan tahun 90-an itu. Nyanyian yang cukup syahdu dan merdu.
“Malam ni saya layan d only one anak teruna saya nak cover lagu SEJIWA. Dia cakap ramai org cover lagu papa..Haikal pun nak try jugak… Amacam ok tak Wan Ammar Haikal @haikal__dk2 dgn lagu SEJIWA ni.”
Dalam pada itu, perkongsian isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu telah mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen memuji kecomelan wajah Jebat ketika kecil.
Nabila telah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia 8 bulan.
Yelah, setiap insan yang bergelar ibu mesti akan merasai perasaan seperti Nabila kan?
Foto : Instagram Noor Nabila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan suami isteri yang cantik sama tampan Fazura dan Fattah Amin kini berada di kota Los Angeles, California.
Baru-baru ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin ada berkongsi beberapa keping gambar ketika dia meluangkan masa bersama suaminya di pantai Venice menerusi akaun Instagram.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 35 tahun itu turut menitipkan kata-kata ucapan buat suaminya.
“Precious moments. I’m so happy he’s here with me being my best support system and always being the one who believes in me. I love you. You’re my gem baby. #FazbulousInLA #FattasticInLA,” tulisnya.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...