Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui sambutan Aidilfitri kali ini begitu suram susulan pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad, yang meninggal dunia pada November tahun lalu.

Menurut Sharnaaz, dia tidak berasa bersemangat langsung untuk menyambut lebaran seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Tiada Rasa Nak Beraya, Rasa Seperti Momen Paling Tawar Dalam Hidup,” – Sharnaaz Ahmad

“Saya memang tidak beraya pada tahun ini. Tak terfikir pun. Bulan Ramadan pun saya lalui sahaja seperti ‘auto-pilot’.

“Tiada rasa langsung nak beraya. Rasa seperti momen paling tawar dalam hidup.
“Saya bangun pagi dalam keadaan yang ‘blur’, pergi solat raya, makan dan minum. Saya nak habiskan raya itu secepat yang mungkin tapi masa pada hari tersebut sangat lambat berlalu.

Ads

“Selepas raya pertama, barulah saya rasa lega. Maklumlah, ini merupakan raya pertama tanpa arwah,” katanya kepada MH.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Perdana Blood Brothers: Bara Naga, pada Isnin.

Sukar Bendung Emosi, Namun Tabah

Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkongsi perasaannya saat mendengar alunan takbir raya yang seringkali mengundang sebak dalam kalangan umat Islam.

Namun, pelakon itu mengakui dia masih mampu mengawal emosinya walaupun hatinya kosong.

Ads

“Tiada Rasa Nak Beraya, Rasa Seperti Momen Paling Tawar Dalam Hidup,” – Sharnaaz Ahmad

“Hati saya seakan beku dan saya langsung tidak menitiskan air mata. Kali terakhir saya sebak kerana teringat pada arwah adalah ketika hari ke-40 dia meninggal dunia.

“Pada hari tersebut, saya ‘hilang’ terus dan tak boleh nak kawal diri. Ia seakan ada ‘suis’ yang terus buat kita sedih. Padahal kita tak nak fikir pun. Satu badan jadi sejuk,” jelasnya jujur.

Jam Tangan Arwah Jadi Kenangan

Bersempena tayangan perdana filem lakonannya, Sharnaaz turut berkongsi detik istimewa apabila buat pertama kalinya dia memakai jam tangan milik arwah bapanya.

Ads

“Tiada Rasa Nak Beraya, Rasa Seperti Momen Paling Tawar Dalam Hidup,” – Sharnaaz Ahmad

“Malam ini pun saya pakai jam arwah bapa saya. Ini pertama kali saya buka jam arwah daripada bungkusan tisu yang diberikan oleh pihak hospital.

“Bila saya pakai, saya rasa arwah ada bersama saya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Allahyarham Bazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada 27 November lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI