Persaingan separuh akhir program Gegar Vaganza 7 (GV7) Ahad depan makin sengit apabila kini hanya tinggal 7 bintang selepas Yantzen diumumkan sebagai peserta tersingkir, malam tadi.
GV7 yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya itu menyaksikan Yantzen menyanyikan lagu
Segalanya Ku Terima menerima markah paling rendah iaitu 44.50 peratus.Cliff Umar pula memungut markah kedua terendah iaitu 55.70 peratus dan Muss menerima markah tertinggi iaitu 69.8 peratus.
Ini dia carta markah bagi kesemua bintang bertanding minggu ini;
Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Khadijah Ibrahim bersama dua juri jemputan minggu ini, Datuk Syafinaz Selamat dan pengarah Mamat Khalid.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, segmen kongsi rezeki kali ini menyaksikan keluarga kepada komposer dangdut, Allahyarham Ruslan Mamat menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.
Juara GV7 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlaj RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.