Bekas personaliti televisyen, Izwan Azir Saleh mengimbau kembali 1001 pengalaman yang dikutip sepanjang 16 tahun berkhidmat di TV3.

Jelasnya walaupun tidak pernah meraih sebarang pengiktirafan atau anugerah, namun pengalaman yang dilalui bukan calang-calang.

Perkara itu dikongsikan di laman Instagram miliknya sempena ulangtahun ke-36 TV3 yang disambut pada 1 Jun.

Cukup mengujakan apabila dapat menjadi penumpang kereta yang dipandu sendiri oleh Sultan Johor dari istana dan menjadi wartawan pertama berlintas langsung di padang Arafah ketika musim haji.

Malah pengalaman memindahkan puluhan mayat yang membusuk akibat taufan di Filipina antara detik yang sukar dilupakan.

Ads

“Saya rasa adalah tidak adil untuk memilih-milih gambar selama berkhidmat di TV3. Ini kerana selama menjadi warga kerja di sana, ada 1001 pengalaman menarik dan berharga yang telah saya tempuhi.

Sejujurnya, selama 16 tahun di Sri Pentas, tiada satu anugerah pun yang saya menangi. Tak pernah sekalipun saya mengisi borang untuk pencalonan anugerah.

“Anugerah yang saya terima bagaimanapun adalah pengalaman yang saya lalui. Menaiki kereta yang dipandu sendiri Sultan Johor dari istana ke istana, menjadi wartawan pertama berlintas langsung di padang Arafah ketika musim Haji, termuntah tatkala memindahkan puluhan mayat yang membusuk akibat taufan di Filipina, terbang bersama pesawat TUDM 3 hari 3 malam untuk ke Mesir ketika Arab Spring, mengembara ke Australia untuk merungkai misteri MH370, dicaci akibat berita politik, dibaling ketika demonstrasi, tapi bersama penonton menangis ketika pesawat MH17 jatuh ke bumi.

Ads

“Ahh, tak mungkin habis coretan ini! Saya puas menjadi wartawan dan penyiar disana. Terima kasih TV3, bukan hanya tempat saya pernah mencari rezeki tapi ia sebuah ‘universiti’, tempat saya melihat dan merakam warna warni dunia.

Selamat Maju Jaya TV3!,” tulisnya panjang lebar sambil disusuli dengan tanda palang #36tahuntv3 #ceritawan #myexperience dan #tv3malaysia.

Ads

View this post on Instagram

Saya rasa adalah tidak adil untuk memilih-milih gambar selama berkhidmat di TV3. Ini kerana selama menjadi warga kerja di sana, ada 1001 pengalaman menarik dan berharga yang telah saya tempuhi. Sejujurnya, selama 16 tahun di Sri Pentas, tiada satu anugerah pun yang saya menangi. Tak pernah sekalipun saya mengisi borang untuk pencalonan anugerah. Anugerah yang saya terima bagaimanapun adalah pengalaman yang saya lalui. Menaiki kereta yang dipandu sendiri Sultan Johor dari istana ke istana, menjadi wartawan pertama berlintas langsung di padang Arafah ketika musim Haji, termuntah tatkala memindahkan puluhan mayat yang membusuk akibat taufan di Filipina, terbang bersama pesawat TUDM 3 hari 3 malam untuk ke Mesir ketika Arab Spring, mengembara ke Australia untuk merungkai misteri MH370, dicaci akibat berita politik, dibaling ketika demonstrasi, tapi bersama penonton menangis ketika pesawat MH17 jatuh ke bumi…ahh, tak mungkin habis coretan ini! Saya puas menjadi wartawan dan penyiar disana. Terima kasih TV3, bukan hanya tempat saya pernah mencari rezeki tapi ia sebuah 'universiti', tempat saya melihat dan merakam warna warni dunia. Selamat Maju Jaya TV3! #36tahuntv3 #ceritawan #myexperience #tv3malaysia

A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh) on

Terdahulu, TV3 menyambut ulangtahun ke-36 pada 1 Jun dengan memaparkan kembali klip lama nyanyian selebriti popular tanah air.

Foto : Instagram Izwan Azir Saleh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI