Pelakon, Angeline Tan mahu memanfaatkan pengalaman masa lalu untuk membina keluarga bahagia bersama suami tercinta yang juga merupakan pelakon terkenal, Sabri Yunus.
Menurut Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline, dia juga sangat bersyukur kerana dikurniakan pasangan yang amat menyayangi dan memahaminya.
“Kami tidak pernah merancang apa-apa mengenai perkahwinan ini tapi kami percaya yang kami akan membina keluarga ini lebih baik daripada dahulu.
“Kami akan memanfaatkan segala pengalaman yang kita miliki. Kini kami dikurniakan pasangan yang sangat menyayangi, memahami dan baik.
“Kami juga percaya dengan doa-doa daripada kalian serta sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan peminat.
“Kami juga banyak berdoa untuk diri sendiri dengan harapan kami tenang dan bahagia selamanya,” katanya kepada MH.
Angeline dan Sabri ditemui ketika majlis resepsi ketiga mereka yang berlangsung di Rose Hall, Glo Mall Damansara, Selangor pada Ahad.
Ads
Dalam pada itu, Sabri turut mendedahkan dirinya tidak pernah terfikir bahawa perkahwinannya ini bakal mendapat perhatian yang luar biasa.
“Saya mendoakan perkahwinan kami akan jadi semahal baju ini. Kami juga tidak menyangka orang ramai akan meraikan kami semeriah ini.
“Saya tak pernah merancang cuma kami pernah bergurau. Saya kata kepada Angeline, ‘Percayalah bila kita kahwin nanti, orang akan doakan kita’. Ternyata benar,” kongsinya.
Ditanya mengenai momen paling indah bersama Angeline selepas berumah tangga, pelakon drama Pok Ya Cong Codei itu mendedahkan isterinya itu tidak pernah berubah sejak mereka mula berkenalan hampir tiga dekad yang lalu.
Ads
“Secara mudahnya saya menjawab, tiada satu pun momen yang tak manis selepas mendirikan rumah tangga. Sentiasa manis. Persahabatan selama tiga puluh tahun itu juga manis.
“Bila masuk fasa bercinta, kemanisan itu bertambah. Bila berkahwin, ia kunci kemanisan sebenar. Yang pelik pula, belum lagi ditonjolkan.
“Seperti mana yang kami kenal, itulah yang dia tunjukkan selepas berkahwin. Bagaimana sifatnya dahulu, itulah juga dia sekarang,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Sabri akui menyesal kerana menunggu masa yang agak lama untuk memperisterikan Angeline.
Ads
“Kalau pernah terfikir, dah lama saya berkawin dengan dia. Saya takkan biarkan masa menduda berlalu 16 tahun. Memang ada rasa sikit menyesal kerana mengambil waktu yang agak lama.
“Namun, bila difikirkan balik, ada hikmahnya. Kalau kami berkahwin lebih awal, mungkin lain ceritanya,” akhirinya.
Pada 14 Oktober lalu, pasangan itu selamat dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Sekadar info, Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi, 32, Syamimi, 30, dan Syazni, 28.
Sementara itu, Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dilihat relak dalam menghadapi dugaan selepas seluruh keluarganya menjadi bahan hinaan pengacara popular Azwan Ali, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida, Cik B, sejujurnya akui dia masih tidak menyangka kata-kata tersebut datang daripada seorang lelaki yang dia hormati.
Malah jelas Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, dia mengenali Azwan Ali atau lebih popular sebagai Diva AA sebagai seorang yang sangat baik dan merendah diri.
“Saya seperti tidak percaya Uncle Azwan boleh katakan begitu kepada mama kerana dia sangat baik dan merendah diri. Namun apabila dia keluarkan kata-kata begitu, saya tidak percaya itu diri dia.
“Saya terkejut dan menyesal kerana saya minat dia. Saya tengok sekali sahaja video tersebut kerana tidak sanggup mendengar makian terhadap mama, saya sedih.
“Saya ingin berpesan kepada Uncle Azwan Ali supaya dia tidak lagi mengeluarkan kata-kata tidak elok. Saya berharap kita dapat selesaikan dengan cara baik dan tidak perlu saman menyaman.
“Saya harap Azwan dapat memohon maaf supaya semuanya selesai,” jelasnya kepada MH.
Gadis ini turut mempersoalkan tindakan Diva AA yang didakwa mempersenda kematian dua abangnya dalam tragedi kebakaran serta mengaitkan anggota keluarga dalam pertelingkahan bersama ibunya.
“Saya tertanya-tanya mengapa dia perlu katakan begitu kepada arwah abang saya? Mereka sudah meninggal dunia dan tiada salah pun dengan Uncle Azwan Ali.
“Dia bukan sahaja memaki mama, namun kepada saya juga. Pada mulanya dia hanya memaki mama namun selepas saya melayangkan status di Twitter, di mula menyerang saya pula.
“Saya hanya menganggap ia sebagai gurauan, namun tidak sangka menjadi begini,” katanya sejurus sidang media yang dianjurkan ibunya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengambil pendekatan positif dan tidak mahu tenggelam dalam emosi, usahawan muda ini menambah, ibunya perlu diberi sokongan kuat daripada segi mental dan emosi.
Sebab itulah, Cik B dilihat sering berseloroh dengan gurauan demi memujuk ibunda tercinta.
“Walaupun saya nampak bersahaja, namun sejujurnya saya sedih melihat mama menangis, cuma saya tahan air mata. Saya malu menangis di hadapan orang.
“Saya memujuk mama dengan cara yang santai dan gurauan. Saya katakan apa sahaja kutukan itu sebenarnya berbalik kepada diri sendiri. Macam dia katakan mama gemuk, jadi saya balas, tidak perlu risau kerana Uncle Azwan pun gemuk juga (ketawa),” ulasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Vida memfailkan tuntutan saman malu terhadap Azwan Ali di mana menurut tuntutan berkenaan, Azwan Ali diminta membuat permohonan maaf secara terbuka atas segala penghinaan terhadap DSV dan anak-anaknya dalam masa 48 jam di media sosial.
Malah, Vida turut menuntu Azwan untuk menandatangani perjanjian menarik kembali kenyataan dan video yang dimuat naik di laman sosial miliknya.
Terkini, Azwan menerusi satu sidang media di Putrajaya, memohon maaf dan melunaskan kesemua tuntutan yang dikenakan terhadapnya.
Ikuti sidang media penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Polis mengesahkan wanita warga Jepun yang ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium di SS16, merupakan isteri kepada usahawan dan pempengaruh yang dikenali sebagai Ridzokumura.
Memetik laporan Buletin TV3, perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan ketika sesi sidang media hari ini.
Bagaimanapun, Hussein Omar menjelaskan siasatan kes setakat ini masih lagi diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, sudah memanggil suami mangsa untuk proses keterangan.
“Bila kita siasat bawah mati mengejut, kita akan lihat semua perkara. Kita akan tetap lihat sebarang unsur jenayah sama ada tindakan mangsa atau sebagainya.
“Kalau ada kesan unsur jenayah baru kita klasifikasikan semula bawah kesalahan jenayah. Apabila siasat bawah mati megejut tidak bermakna kita ketepikan unsur jenayah,” katanya seperti yang dipetik.
Pihak Keluarga & Kedutaan Sudah Dimaklum Tentang Kematian Arwah Akiko
Katanya lagi, kematian isteri kepada pempengaruh itu juga telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan Jepun serta keluarga mangsa di sana.
Pada masa sama, Hussein Omar turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan tidak benar berhubung kes berkenaan.
Jumaat lalu, mangsa Akiko Okumura, berusia 50-an ditemui meninggal dunia dalam keadaan meniarap di atas tanah oleh anggota polis peronda yang bergegas ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun hasil pemeriksaan terhadap tubuh mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Jenazah Akiko Okumura telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.
Isteri kepada Ridzokumura atau nama sebenarnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib dikatakan telah menetap di Malaysia selama 14 tahun.
Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam kepada suami dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, 13 tahun.
Ridzuan dan Akiko telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Laman Web Buletin TV3 & Instagram Ridzokumura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fazreen Rafi ada berkongsi cerita dan mengimbau kembali detik permulaan perkenalan bersama isterinya, Syarifah Marlina Ashikin.
Menerusi entri yang dikongsi di laman media sosial Instagram, pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu hubungan perkenalan itu terjalin selepas dia terjumpa ddngan isterinya di sebuah majlis, suatu ketika dahulu.
“Mlm nie dinner kt tpt 1st date faz dgn @symarlina dulu.. kenal wife faz time event cuci kereta dkt sacc mall faz wakil @mediahiburanofficial wife faz dara.com masa terpandang wife faz terus terpikat ooo bak kata org cinta pandang pertama.
“Nak tegur malu nk no phone apatah lg.. faz biarkan je masa berlalu sampai la masa dia nk balik bye2 semua faz pun bertanya lah, balik mana? dia ckp pantai dalam.. cantikkkk.
“Faz terus ckp char koay teow sana sedap, kita budak UM kan pantai dalam bangsar mid valley pj mmg tpt kita la.. terus faz ajak dia dinner n mintak no phone,” tulisnya.
Fazreeen pada masa sama turut menyatakan rasa sayang buat isteri yang masih lagi hangat seperti dulu.
“Kalaulah dia x bagi respond masa tue mungkin faz masih bujang lg sampai skrg kerana x mampu mengenangkan hidup tanpa dirimu.. cewah…
“Maka dr situ lah bermulanya bibit2 cinta yg menyatukan dua hati.. dan kini aku masih seperti dulu mencintaimu sepenuh hatiku.. eee nyampahnya baca… #poyo,” tulisnya lagi.
Sejak memulakan kerjaya sebagai pengacara televisyen pada tahun 2007, hos Malaysia Hari Ini (MHI) dan pembaca berita, Fadzly Fuad, tidak pernah berkecil hati meskipun...