“Tiada Sebarang Komplikasi Cuma Hilang Deria Rasa Dan Bau,” – Sweet Qismina Positif Covid-19, Kini Jalani Kuarantin Di Ipoh

Share

Pelakon Sweet Qismina telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada Selasa lalu.

Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, menyatakan dia yang berada di Perak bagi menjalani penggambaran filem Tariandi rasa tidak sihat sejak 16 April lalu.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman

Instagram, pihak pengurusan Warner Music Malaysia turut memaklumkan pelakon berusia 24 tahun itu kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.

“Sweet mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya beliau adalah positif. Sweet telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan buat saringan PCR dan keputusan positif.

“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa Sweet sekarang, tidak mempunyai sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau,” tulis kenyataan terbabit.

Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis serta para peminat turut menitipkan kata-kata yang baik buat Sweet seterusnya mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.

Foto: Instagram Sweet Qismina

Published by
MH