Anak lelaki Sinead O’Connor, Shane O’Connor, 17, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak pengurusan penyanyi tersebut pada Sabtu kepada CNN.

Sebelum pengesahan itu dilakukan, penyanyi yang popular menerusi lagu Nothing Compares 2U itu telah memuat naik beberapa rangkaian ciapan di laman twitter mengenai kehilangan anak ketiganya itu. Dia merayu agar anaknya itu menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.

Hilang sejak 6 Januari, pihak berkuasa Ireland mula-mula mengeluarkan kenyataan orang hilang pada Khamis bagi meminta bantuan orang ramai mengesan lokasi Shane O’Connor. Kemudian pada 7 Januari, jurucakap pihak Polis Ireland memberitahu kepada akhbar Irish Mirror yang satu mayat telah dijumpai dan bahawa polis telah menolak laporan orang hilang untuk Shane O’Connor.

Dipercayai, Shane telah hilang dari hospital di mana dia sedang menerima rawatan. Dalam ciapannya pada Khamis, 6 Januari, Sinead meluah rasa, “Saya ingin tahu mengapa Lynn Ward di Hospital Taillight yang sepatutnya memiliki pembantu kesihatan mengawasi anak saya sepanjang masa telah menyebabkan dia berjaya melepaskan diri dari pengawasan mereka pagi ini apabila seminggu lalu dia melakukan dua percubaan membunuh diri.”

Ads
“Tiada Sempadan Boleh Memisahkan Kita,” – Anak Sinead O’Connor Meninggal Dunia Selepas Dilaporkan Hilang
Sinead memiliki empat cahaya mata dari empat perkahwinannya.

Selepas itu dalam ciapan seterusnya pada Sabtu, 8 Januari, Sinead berkongsi kepada umum yang anaknya telah memilih untuk ‘menamatkan kemelut duniawinya’.

BACA JUGA: Aktres Veteran Hollywood, Betty White Meninggal Dunia Pada Usia 99 Tahun

“Anak lelaki saya, Nevi’im Nesta Ali Shane O’Connor, cahaya dalam hidup saya, memutuskan untuk menamatkan perjuangan duniawinya hari ini dan kini bersama Tuhan. Semoga dia berehat dengan aman dan tidak ada yang mengikut caranya. Anak saya, saya sangat menyayangi awak. Harap tenang,” ciap O’Connor.

Ads

Meluahkan rasa rindu kepada anaknya itu, penyanyi berusia 56 tahun ini mendedikasikan lagu Bob Marley bertajuk Ride Natty Ride. Ujarnya, “Ini untuk Shane saya, cahaya hidupku. Lampu kepada jiwaku. Anakku yang bermata biru, kamu akan sentiasa menjadi cahaya dalam hidupku. Kita akan sentiasa bersama. Tiada sempadan boleh memisahkan kita.”

Untuk pengetahuan pembaca, Sinead O’Connor telah memeluk agama Islam pada tahun 2018 dan dia memilih nama Shuhada Sadaqat sebagai nama Muslimnya. Walaupun begitu dia masih lagi menggunakan nama asalnya untuk apa-apa urusan rasmi.

Ads

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: CNN, Twitter Sinead O’Connor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI