Tidak ada pertandingan, sebaliknya perjalanan Big Stage 2020 (BS2020) minggu ini berjalan dalam suasana sayu menerusi Konsert Tribute #SandraDalamKenangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Reda atas pemergiaan salah seorang peserta program berkenaan iaitu Allaharham Sandra Dianne, pengisian malam tadi turut terisi dengan doa, persembahan serta perkongsian rakan seperjuangan yang berkongsi momen terakhir bersama arwah.

Dayang Nurfaizah selaku juri BS2020 membuka tirai pada malam mengenang arwah menerusi dengan lagu Di Pintu Syurga.

Tiada Tepukan Sepanjang Konsert, Tribute #SandraDalamKenangan Berjalan Dalam Suasana Syahdu…Ramai Sebak, Menitiskan Air Mata

“Sukar untuk nyanyikan lagu tersebut sebenarnya. Nak nyanyi pun masih rasa sebak. Kami kenal agak lama dan pernah bekerjasama.

“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah,” kata Dayang pada sidang media.

IKLAN

Sejurus persembahan oleh Qody Rany, rakan selebriti seperti Neeta Manis dan Wani Kayrie turut diundang bagi berkongsi saat indah bersama selain Sufi Rashid yang pernah mengalunkan lagu secara duet dengan arwah Sandra dalam saingan BS sebelum ini turut hadir.

Menyifatkan arwah seorang yang baik dan berdikari, Neeta memberitahu hubungan mereka mulai rapat sejak beberapa tahun ketika Allahyarham mempromosikan single, Hey Kau.

Selain itu, tiada tepukan sepanjang konsert berjalan, suasana pilu dan syahdu turut menyelubungi dewan apabila video serta foto hitam putih Sandra dikongsi pada skrin besar. 

Malah hos BS2020, Alif Satar dan Sherry Alhadad turut mengakui mereka sudah berjanji untuk tidak menangis sepanjang konsert.

IKLAN

Bagaimanapun, keduanya dilihat sebak apabila Neeta menyanyikan lagu terbaru arwah Sandra yang berjudul Tulus.

Neeta yang mengenakan persalinan gaun serba hitam mengalunkan lagu tersebut yang nyata menjentik emosi.

Tiada Tepukan Sepanjang Konsert, Tribute #SandraDalamKenangan Berjalan Dalam Suasana Syahdu…Ramai Sebak, Menitiskan Air Mata

IKLAN

Terdahulu, Allahyarham merupakan salah seorang peserta BAS2020 bersama 11 peserta lainnya iaitu Farisha Iris, Amir Hassan, Usop, Azzam Sham, Hanie Soraya, Yamani dan Hafiz Zainal.

Turut sama bersaing tahun ini ialah Dinie Rashid, Qody Rany, Fadh Majid dan Nana Sheme.

Selain Dayang, Faizal Tahir juga membuat persembahan sementara Elly Mazlein yang turut kelihatan sebak ketika membaca status dan komen yang dilayangkan wargamaya.

Allahyarham Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 26 tahun kira-kira jam 1 pagi, pada Jumaat setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan.

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah pada jam 5.45 petang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI