Pelakon, Nad Zainal ada berkongsi cerita bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memberitahu tugas sebagai ibu bapa adalah sangat penting dan memainkan peranan yang besar dalam keluarga.

“Guru pertama anak adalah ibu bapa, kalau selama ni kita sedih tak dapat bahagikan masa dengan anak-anak..

“tapi sekarang, Allah beri kita ruang bersama anak, namun kita kehilangan kerja.. mata pencarian..

“mana yang masih bekerja , tak boleh bawa anak berjalan-jalan.. duduk di rumah..

IKLAN

“anak-anak kecik mana faham sangat , dia asal parents depan mata dia dah seronok dah, kita yang tua ni kadang-kadang pening nak catur ekonomi keluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nad ingin memberi bantuan kepada orang ramai yang mengalami masalah kewangan dengan memulakan perniagaan.

“tiap hari ada DM minta bantuan, nak minta beli susu anak

IKLAN

“bersyukur buat yang masih boleh cari duit
siapa tahu mungkin ini permulaan ceburi bidang baru?

seperti berniaga?? siapa nak berniaga?
let me help u out! Komen Nak!,” tulisnya lagi.

“Tiap Hari Ada DM Minta Bantuan, Nak Beli Susu Anak…” – Terkesan Pandemik Covid-19, Nad Zainal Ingin Beri Bantuan Dengan Mulakan Bisnes

IKLAN

Sekadar informasi, Nad mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Falliq Amirullah pada 18 Disember 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 4 tahun hasil perkongsian hidup berdua.

Kini, Nad mengumumkan sedang hamil anak kedua pada Oktober lalu.

Foto: Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI