Menerusi perkongsian video Mingguan Wanita Khamis lalu, penyanyi Datuk Hattan diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah rumah tangganya.
‘Berpisah Jua, Tetapi Bertaut Kembali’, menjadi topik yang dibicarakan bersama hos ketika itu, Erra Fazira dan Norman Hakim. Turut sama menjadi panel ialah isteri, Datin Arianie Abidin.
Mungkin antara satu dalam seribu, hubungan yang dibina sejak tahun 1996 dan berakhir pada 2005 (sembilan tahun) kembali menyatukan mereka semula pada 2013.
Hattan bagaimanapun mengakui bahawa dia sedikit tertekan pada awal penceraian.
“Tiga bulan pertama kami stress kerana perpisahan ini, tapi setiap kali balik rumah akan terbayang-bayang.
“Dalam masa sama saya sebenarnya cuba untuk move on, tapi tak boleh.
“Memanglah rasa seronok,bebas, tapi sebenarnya kosong.
Ads
“Enam bulan selepas itu,setiap kali tengok anak-anak atau hari raya, baru saya sedar ada sesuatu yang serba tak cukup dalam hidup ini,” kongsi Hattan.
Popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan berasa yakin bahawa isterinya, Datin Arianie adalah jodoh yang terbaik buatnya.
“Saya rasa kesesuaian saya dengan dia (Arianie), saya cuba untuk pergi dengan cara kehidupan yang lain, tapi tak boleh.
“Kita sebagai kaum lelaki kena mengendalikan sesuatu perkara sebaik mungkin. Perempuan pula kena bertindak dengan cara rileks sedikit,” jelas Hattan.
Ads
Mahu mendapatkan respon dari si isteri, Arianie menjawab tenang.
“Pada awalnya memang sakit sebab kita dh biasa ada suami di sisi,hati masing-masing tengah marah masa itu,” katanya jujur.
Malah, Arianie dapat melihat ketulusan dan keikhlasan Hattan ketika itu.
“Saya terima dia kerana usaha dan kesungguhan dia dalam meneruskan hidup.
Ads
“Selama sembilan tahun itu, saya dah lupakan mengenai perkara yang menyakitkan dan fikir balik diri sendiri pun tak sempurna,” akhirinya.
Imbas kembali, pasangan ini berkahwin pada 17 Disember 1996 dan bercerai talak satu pada Mac 2005.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurnikan seorang anak lelaki, Adam Eiman yang kini berusia 21 tahun.
Malah, Hattan sebelum ini pernah berkahwin dengan Noorfara Ashikin Othman pada Oktober 2011dan kemudian berpisah dua bulan kemudiannya.
Video: Youtube Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aishah Azman kini tampil lebih ayu sejak memilih untuk bertudung, Jumaat lalu.
Malah menerusi sekeping foto yang dimuat naiknya di Instagram baru-baru ini, bintang berusia 25 tahun itu turut berharap agar hijrah yang dilakukan mendapat keredaan Illahi.
“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Doa yang baik baik,” tulisnya ringkas pada ruangan komen.
Perkongsian positif berkenaan turut mendapat perhatian dari rakan selebriti dan peminat yang sama sama menyambut baik keputusan yang dibuat pelakonBukan Cinta Aku ini.
Malah, rata-ratanya tumpang sama gembira seterusnya mendoakan yang terbaik buatnya.
Terdahulu media melaporkan, Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, mendedahkan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung.
“Alhamdulilllah… ya betul sekarang saya sudah berhijab. Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya.
“Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korbankan banyak benda.
“Pada Jumaat, saya nekad betul-betul nak berhijab. Alhamdulillah, keluarga terkejut dengan perubahan saya tapi memang sangat gembira dan memberi sokongan penuh kepada saya,” katanya memetik mStar.
Dia pada masa sama turut memadam kesemua foto yang tidak berhijab di Instagram selain turut akan lebih selektif terhadap tawaran lakonan agar bersesuaian dengan penampilannya kini.
“Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, saya pun nekad padam semua gambar-gambar saya yang tidak menutup aurat di laman sosial. Hanya tinggal beberapa sahaja gambar saya memakai hijab.
“Insya-Allah, selepas ini juga saya akan terima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej sekarang ini. Harap semua orang boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya lagi.
Foto: Instagram Aishah Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini susulan kisah melibatkan rumah tangga mereka.
Kembali rujuk pada 9 April lalu selepas disahkan bercerai pada 27 Mac lepas, Linda dan Beego mengambil keputusan untuk sama-sama saling membuang ego demi menyelamatkan perkahwinan mereka.
Linda atau nama sebenar, Norhazlinda Hashim, 39, juga sempat berkongsikan gambar terbaharunya bersama Beego menerusi laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Menurut Linda, foto itu dimuat naik bagi ‘memenuhi’ permintaan ramai yang mahukan gambarnya berdua bersama suami.
“Assalamualaikum.. terlalu ramai bertanya mana gambar kami berdua. Bukan tak nak post tapi malulah.
“Kita taklah secantik mana pun.. ni pun gigih cari angle mana yang on point,” tulis Linda di ruangan kapsyen.
Menerusi foto itu, memperlihatkan Linda dan Beego bergambar mesra berlaga pipi serta berpakaian tradisional sedondon berwarna merah jambu.
Dalam entri itu juga, aktres berkenaan turut mengirimkan ucapan penghargaan di atas sokongan yang diberikan ramai pihak terhadap mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang tak henti-henti mendoakan kami, yang bagi kata-kata positif pada kami, yang happy tengok kami.