“Tiara Demam On Off Yang Agak Tinggi,” – Anak Tak Sihat, Achey ‘Tangkap Emosi’

Share

Pelakon dan pelawak, Achey memaklumkan anaknya, Tiara terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah mengalami gejala demam yang berpanjangan.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, hasil pemeriksaan, pihak doktor mendapati terdapat tonsil yang agak besar di bahagian tekak anaknya itu.

“Tiara demam on off yang agak tinggi. Makan muntah, makan muntah, kita tak boleh tahan tengok. Pertama kali ke hospital nampaknya selama 4 tahun.

“Syukur hospital Uitm Puncak Alam dah beroperasi. Sampai doctor terus check dan amek darah dia. Bila check ada tonsil agak besar dekat dengan tekak,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh salah seorang anggota kumpulan Bocey itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Bagaimanapun, Achey tetap lega simptom anaknya itu tidak terlalu.

Katanya lagi, hatinya juga agak luluh setelah melihat keadaan anaknya yang lemah dan tak bermaya.

“Dua jam je dapat keputusan darah. Alhamdulillah takda apa-apa namun terlepas juga air mata jantan aku tengok. Yelah kecoh kehidupan tiba-tiba senyap lemau je dia. Tangkap emosi oo.

“Pesanan jaga diri dan keluarga semua. Moga yang melalui ujian sakit diberikan syifa dan kesihatan berpanjangan. Thank you. Doakan Tiara,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semua Tiara lekas sembuh daripada penyakitnya itu.

Pada masa sama, Achey turut menasihatkan semua pihak untuk sentiasa memantau keadaan kesihatan agar tidak melarat dikemudian hari.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey

Published by
Aizam Manaf