Semalam, kerajaan telah pun mengumumkan beberapa kawasan di negeri Selangor bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa bermula 6 Mei sehingga 17 Mei.

Pengumuman tersebut sekali gus menjawab segala persoalan orang ramai mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi menyambut hari raya Aidil Fitri yang bakal tiba nanti.

Perkhabaran tersebut nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak termasuklah buat pelakon, Beto Kusyairi.

Jelas Beto, hatinya berasa sangat hiba saat mengenangkan perasaan sedih kedua ibu bapanya selepas mengetahui yang mereka  bakal menyambut hari raya Aidil Fitri tanpa kelibat anak-anak dan cucu meskipun hanya dipisahkan dengan daerah yang berbeza.

“Tadi balik jenguk orang tua. Daerah cuma sebelah. Tiba di pagar mak aku terus sebak menitis air mata dek kenangkan akan cuma berdua bersama abah di pagi Syawal tanpa anak2 & cucu2nya.

Ads

“Luluh hatiku. Sabarlah wahai sekalian mak abah yang tak dapat beraya bersama. We love you,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Istanbul Aku Datang itu menerusi sebuah ciapan di laman Instagram.

“Tiba Di Pagar, Mak Aku Terus Sebak Menitis Air Mata,” – Hanya Terpisah Daerah, Beto Kusyairi Kenang Perasaan Mak Ayah Sambut Raya  “Tiba Di Pagar, Mak Aku Terus Sebak Menitis Air Mata,” – Hanya Terpisah Daerah, Beto Kusyairi Kenang Perasaan Mak Ayah Sambut Raya  “Tiba Di Pagar, Mak Aku Terus Sebak Menitis Air Mata,” – Hanya Terpisah Daerah, Beto Kusyairi Kenang Perasaan Mak Ayah Sambut Raya 

Dikesempatan itu juga, Beto turut berharap agar para ibu bapa dapat bersabar lebih-lebih lagi ketika menempuh detik sukar ini.

Ads

Selain Beto, penyanyi, Ernie Zakri turut meluah rasa yang sama lebih-lebih lagi ini merupakan tahun pertamanya  berjauhan bersama keluarganya ketika menyambut hari raya.

“Same goes to my mama and papa. Sedihnya. 1st time tak dapat beraya bersama walaupun berbeza daerah,” kongsinya di ruangan komen.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sebak selain turut mendedahkan bakal menggunakan masa yang ada untuk menziarah ibu bapa sebelum tibanya hari raya.

“Kes kita sama, Beto. Ni petang ni baru nak gi jumpa, pakai baju Raya siap-siap. My mum yang selalunya chatty kat WhatsApp, semalam dan hari ni diam seribu bahasa. Tahan sedih agaknya,” luah seorang pengguna Twitter.

“Dah hampir 2 tahun VC padahal negeri sebelah je. Baju, kuih dengan cake semua aku belikan semua postage je. Sebak jugak beli baju raya VC,” komen seorang individu.

“Sama juga cerita dia semalam balik kampung jumpa mak berbuka puasa sebak btol rasa bila masa nak balik tu,” tulis individu lain pula.

Sumber: Twitter Beto Kusyairy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI