Penyanyi Sam Bunkface telah selamat bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 33, telah berkongsi foto sekitar momen indah sekitar majlis pernikahannya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

Menerusi foto yang dikongsi, pasangan sama cantik sama padan itu mengenakan persalinan sedondon berwarna putih sambil mengabadikan foto di atas pelaminan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SamBunkface (@sambunkface)

Ads

“Salam Jumaat semua. Disini sam ingin kongsi yang sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi.

“Doakan yang baik2 untuk kami. Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Ads

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti yang teruja dengan berita gembira itu menitipkan ucapan tahniah kepada Sam dan pasangan.

“Tiba-Tiba Ada Post Kahwin, Tak Jangka Langsung!,” – Terlerai Teka-Teki, Sam Bunkface Akhirnya Kembali Bergelar Suami Orang “Tiba-Tiba Ada Post Kahwin, Tak Jangka Langsung!,” – Terlerai Teka-Teki, Sam Bunkface Akhirnya Kembali Bergelar Suami Orang “Tiba-Tiba Ada Post Kahwin, Tak Jangka Langsung!,” – Terlerai Teka-Teki, Sam Bunkface Akhirnya Kembali Bergelar Suami Orang

Ads

Terdahulu, Sam yang juga abang kepada pelakon, Siti Saleha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang penerbit, Aida Azira Husin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq, tiga tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini telah berpisah pada Januari 2019 selepas hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga.

Foto: Instagram Sam Bunkface

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI