Seronok melayan peminat yang datang menyapa, Caliph Busker tidak menyangka ‘peminat’ yang datang berborak dan menyanyi bersama adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Cukup tersentak hati apabila Raja Permaisuri Agung turut sama mencemar duli mendendangkan lagu Gurindam Jiwa. Malah, Permaisuri cukup berjiwa rakyat, hanya duduk bersandar di kerusi sambil menikmati alunan lagu.
Tidak cukup satu lagu, Permaisuri turut meminta lagu Roman Cinta dan Hanya Namamu.
“Sambil tunggu nak soundcheck, tiba-tiba ada yang menyapa salam dan bertanya khabar. Berborak lama kita.
“Akhirnya baru tahu itu adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Dari berborak.. Kita nyanyi sama2.”
Tunku Azizah sememangnya cukup terkenal dengan sifat rendah diri dan sentiasa dekat di hati rakyat.
Foto : Instagram Caliph Busker