
Pelakon cantik, Izara Aishah yang kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Jodoh-Jodoh Anissa ada berkongsi entri di Instagramnya yang membuatkan netizen terhibur.
Kisahnya sebentar tadi, bintang Dewi Remaja itu mengakui Instagramnya yang mempunyai lebih 1.8 juta pengikut telah ‘keja hack’ rakan pelakon, Datuk Fizz Fairuz bagi mempromosikan produk.
Lalu, beberapa ketika selepas posting berkenaan dikongsi, Izara kemudiannya menulis bahawa akaun Instagramnya telah digunakan pelakon berkenaan bagi mempromosikan produk tersebut.
Kenyataan yang diberikan Izara sekali gus membuatkan peminatnya tertawa.
Foto: Instagram Izara Aishah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Semua Kena Minta Bayaran, Konon ‘Air Liur’ Mahal,” – Kena Pandai Bawa Diri, Norreen Iman Nasihat Para Influencer Jangan Bongkak & Takbur

Pelakon dan selebriti media sosial, Norreen Iman percaya antara sebab namanya sering menjadi pilihan pengarah adalah kerana sifatnya yang tahu membawa diri ketika bekerja.
Menurut Norreen, meskipun kelakuannya agak berbeza ketika di media sosial, namun, dia juga faham ada kalanya dia harus menyesuaikan diri dengan keadaan.
“Kerjaya saya bermula sebagai seorang influencer. Saya selesa menjadi diri saya sendiri. Di sosial media memang nampak saya ini macam agak kasar tapi bila bekerja di dalam bidang ini, kita kena tahu bawa diri dan bezakan keadaan.
“Tak salah nak buat konten-konten viral untuk dikenali ramai tetapi anda perlu tahu untuk sesuaikan diri dengan keadaan. Mungkin itu yang membuatkan saya mendapat tempat di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Norreen berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Cina Buta baru-baru ini.
Pada masa sama, Norreen turut menyeru kepada para selebriti media sosial untuk tidak merasakan diri mereka terlalu hebat sehingga sukar untuk didekati dan berkerjasama
“Macam inilah, kepada influencer-influencer di luar sana, jangan sombong boleh tak? Jangan bongkak dan takbur. Nama anda baru sahaja nak dikenali. Tuhan kalau nak tunjuk sekejap sahaja.
“Seperti saya pula, saya tak janggal untuk berhadapan dengan pihak media kerana saya tak pernah nak bersifat meninggi diri atau susah didekati hanya kerana saya seorang influencer.
“Bila bertemu dengan pihak media, kita kena pandai untuk beri kerjasama. Bukan semua situasi kita kena anggap macam kerja yang harus dibayar kerana anggap air liur kita mahal.
“Jangan kekwat dan sedar diri. Sila berpijak di bumi yang nyata,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai lakonannya di dalam drama Cina Buta, Norreen mendedahkan dia sendiri telah menghantar mesej peribadi kepada pengarah, Shahrulezad Mohameddin untuk berlakon dibawah arahannya satu ketika dahulu.
Lantaran itu, dia tidak menyangka impiannya itu akan menjadi kenyataan.
“Dulu saya selalu tonton drama arahan Abang Shahrulezad. Kemudian, ada satu ketika saya putuskan untuk buat muka tebal dan hantar dm di Instagram mengatakan saya teringin nak berlakon dengan beliau.
“Rezeki saya datang di drama Cina Buta ini. Mulanya saya tak tahu drama apa asalkan berlakon dengan Shahrulezad. Bila hari pertama di set, lutut saya terketar-ketar kerana terlalu nervous.
“Saya selalu tengok Ungku Ismail, Nad Zainal dan Azhan Rani ni di tv sahaja. Filem ini agak berat juga bagi saya kerana pengarah mahukan saya dan Anas untuk mewarnai drama ini dengan komedi,” akhirinya.
Terdahulu, Cina Buta mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Sharnaaz dan Mia Sara yang mempunyai ego tinggi dan sering bergaduh sehingga mereka bercerai buat kali yang ketiga.
Selain Norreen, drama ini turut membariskan ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Nad Zainal, Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Cina Buta bakal menemui penonton bermula 9 November ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak Cakap Anak Lelaki Mak Dah Kembali,” – Safiey Illias Tayang Foto Dada Berbalut Sejurus Buang Silikon

Selepas dikhabar sudah pun menjalani pembedahan bagi membuang silikon payudara awal semalam, usahawan selebriti Safiey Illias ada berkongsi kesan pembedahan.
Perkongsian yang dibuatnya menerusi Insta Stories itu turut disusuli dengan suasana di dapur bersama ahli keluarga lainnya.
Sementara itu, menerusi posting terkini penyanyi lagu Apa Salah Syinta ini lagi, dia turut memaklumkan ibunya tidak makan kerana risau akan pembedahan yang bakal dijalaninya.
“Mak cakap anak lelaki mak dah kembali. Malam tadi mak tak makan sebab risau pembedahan.
“Apit saya syg mak. Maaf muka tahan sakit,” tulisnya ringkas beserta ribuan komen dari para pengikutnya.
Foto: Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Perform Malam Ini Dengan 16 Lagu, Rizky Febian Tersentuh Mahalini & Bapa Turun Beri Sokongan

Penyanyi Indonesia, Rizky Febian berkata dia beruntung mendapat sokongan daripada kekasih, penyanyi Mahalini Raharja sekali gus menjadi inspirasi dalamnya berkarya.
Menurut Rizky atau nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 24, dia menyifatkan hubungan mereka sesuatu yang positif apabila kedua-duanya saling menyokong kerjaya masing-masing.
“Kami saling menyokong karier masing-masing, macam contoh untuk konsert saya malam ini, kebetulan dia free, dia datang beri sokongan.
“Apa yang membuatkan saya lebih terharu dan teruja apabila ini merupakan konsert pertama ayah dan ahli keluarga saya yang lain berkelapangan menonton sejak saya aktif dalam bidang seni tujuh tahun lalu,” kata Rizky kepada MH.
Rizky ditemui pada majlis sidang media Konsert Rizky Febian Live In Kuala Lumpur di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur pada Khamis.
Bakal menyanyikan 16 buah lagu dalam konsert malam ini, Rizky berjanji akan memberikan persembahan terbaik selain ada kejutan akan diberikan buat peminat setianya.
“Saya sebenarnya terkejut bila dapat tahu tiket konsert ini habis terjual dalam tempoh sejam.
“Saya tak sabar nak hiburkan peminat di sini. Saya hanya mahu enjoy sepanjang persembahan nanti,” katanya.
Konsert Rizky Febian Live In KL akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, jam 8.30 malam ini.
Rizky cukup popular menerusi lagu Kesempurnaan Cinta dan Hingga Tua Bersama.
Sekadar info, Rizky merupakan anak kepada pelawak terkenal Indonesia, Sule.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI