Diserang ‘anxiety attack’ sehingga menitiskan air mata dan tidak mampu berkata-kata ketika majlis pelancaran produk kosmetik terbaru keluaran Mawarose, pengasasnya yang juga merupakan pelakon, Mawar Rashid mendedahkan dirinya telah kerap kali berdepan situasi sama.
Menurut Mawar, bila masalah tersebut menyerangnya, tubuhnya akan menjadi kaku sehingga menyukarkan proses bernafas dan bercakap.
“Saya sangat gembira untuk program hari ini. Saya memang menantikannya tapi bila saya berada di atas pentas, rasa panik itu tiba-tiba datang.
“Tiba-tiba rasa tak boleh bercakap, kaku dan tangan serta mulut seperti ada renjatan elektrik. Saya juga sukar bernafas. Saya sendiri tak tahu kenapa saya begini.
“Sebelum ini pernah terjadi beberapa kali tapi saya tak mahu berkongsi kepada pihak media. Saya bimbang kalau saya kongsikan nanti, orang akan emosi dengan saya,” katanya kepada MH.
Jelas bekas peserta Dewi Remaja 2014/15 ini lagi, masalah yang dialaminya itu turut menjadi punca mengapa dia terpaksa memperlahankan kerjaya seninya ketika ini.
Ads
Lantaran itu, Mawar memaklumkan dirinya akan berjumpa dengan doktor pakar bagi mengenal pasti masalah yang dialaminya itu.
“Namun, saya rasa ini perkara serius dan perlu didiagnos. Saya dan suami memang ada merancang untuk buat pemeriksaan. Perkara ini juga mengganggu kerjaya lakonan saya.
“Saya terpaksa tolak tawaran berlakon kerana perkara ini pernah menyerang saya ketika kali terakhir saya menjalani penggambaran.
“Ini juga merupakan antara sebab mengapa saya belum bersedia untuk kembali berlakon. Saya takut tak boleh berikan yang terbaik.
“Jadi, saya akan berjumpa pakar untuk dapatkan nasihat mengenai rawatan atau perubatan yang boleh buat saya sihat kembali. Saya ada syarikat dan staff perlu di jaga. Saya kena kuat dan melawan,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, suaminya, Raf Yaakob mendedahkan masalah yang dihadapi oleh isterinya itu bermula sejak kejadian viral ketika menyertai program realiti, Dewi Remaja satu ketika dahulu.
“Perkara ini saya perasan sejak awal perkenalan kami. Setiap kali ditemu ramah, dia minta saya teman. Dia jadi begini sebab kejadian viral satu Malaysia kecam dia satu ketika dahulu.
“Sejak itu, semangatnya runtuh cuma orang tak tahu. Bila saya dah faham, saya sentiasa tenangkan dia ketika ditemu ramah,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Mawar turut mendedahkan kejadian tersebut nyata memberikan kesan yang mendalam terhadap hidupnya sehingga hari ini.
“Saya memang trauma dengan apa yang terjadi dahulu. Bila satu Malaysia kecam, ia memberi impak yang sangat besar. Ketika kejadian tersebut, saya banyak diam. Saya serahkan kepada Allah.
“Saya berdoa agar satu hari nanti, satu Malaysia akan tahu kekuatan saya. Saya datang daripada keluarga kacukan Thailand. Saya ada masalah untuk bercakap.
“Ketika itu, saya muda lagi dan tak kenal dunia. Kini, saya ada Raf. Dia sentiasa bantu saya bila setiap kali berdepan dengan media,” akhirinya.
Sekadar informasi, Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga mereka pada 9 November 2017 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata Raden Muhammad Rafael, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya.
Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 12, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada Johan iaitu Ozlynn meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan penyanyang.
Kongsi Ozlynn atau nama lengkapnya Rozlinawaty Ismail, Johan sentiasa memahami kehendaknya dalam apa juga keadaan,termasuk makanan kegemaran.
“Org pertama yg dpt kiss sblm anak2. dia ckp dia rindu kita banyak2.. kita x caya.. tp bila dia bawak kita g pasar malam n belikan makanan fav kita putu mayam.. popia basah.. buah kundang ok cukup! kita dh bahagia..
“Kita tau dia sayang n rindu kita.. ok jap eh… dia baru lepas siku kita.. dia ckp “ u sengeh2 dgn sape?? Hp penting ke i penting??
“Guys!! For sure aku habaq dia lg penting..sambil tgn aku laju dok menaip.. post dulu sat.. pastu siap dia kita lipat. ok janji!! Last ok papa.. i sayang u tauuu.. tauuuuu,” tulisnya.
Satu perkongsian foto dari pelakon, Mimi Lana mencuri perhatian wargamaya hari ini.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin dilihat mengenakan persalinan hitam lengkap tangan yang cantik dilukis inai.
“Life is short, make every mehndi count! Have a wonderful weekend everyone,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meski tidak memperincikan mengenai majlis siapa yang berlangsung, namun rakan artis serta peminat memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian berkenaan.
Masing-masing memberikan ucapan tahiah dan mendoakan yang terbaik buatnya bersama teman, pelakon Syafiq Kyle.
“Yeay finally. Alhamdulillah congrats Mimi,” tulis seorang peminat.
“No no no jangan cakap dah nak kahwin,” kongsi peminat lainnya pada ruangan komen.
“OMG finally! Semoga semuanya dipermudahkan love,” ucap seorang peminat.
“Tahniah Mimi & Capik,” ucap peminat lain.
“Seriuslah, betul ke Mimi bakal berkahwin?,” tanya peminat.
Sehingga kini, foto yang baru sahaja dimuat naik itu sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail meluahkan perasaan sedih mengenangkan dua cucunya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berikutan kemelut rumah tangga yang melanda ibu bapa mereka.
Menerusi luahan di InstaStory, Patimmah mengatakan Sumayyah masih tidak memahami kenapa bapanya tidak lagi tinggal bersama ibunya, Puteri Sarah Liyana.
“Sumayyah masih tidak memahami kenapa ayah (Syamsul) tidak tinggal bersama mamanya (Puteri Sarah).
“Syaikhul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Patimah turut mendoakan yang terbaik buat menantunya, Puteri Sarah serta memohon agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa individu yang telah meruntuhkan masjid anak dan menantunya itu.
“Ya Allah, takdirkanlah yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana, Engkau Maha Mengetahui dan ampunkan dosa-dosa mereka yang runtuhkan masjidnya,” luah Patimah lagi.
Ketika ini prosiding mahkamah melibatkan lafaz talak cerai di antara Syamsul dan Puteri Sarah masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia sukan dikejutkan dengan kematian tragis Sophie Hediger, atlet luncur papan salji Olimpik Switzerland yang terkorban akibat kejadian lungsur salji di Resort Arosa, Switzerland...