Kisah hos dan personaliti televisyen, Dayah Bakar yang terpaksa berjauhan dengan suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi sepanjang proses kehamilan dan juga ketika melahirkan anak sulung sebelum ini cukup menarik perhatian ramai.

Malah, para pengikutnya di laman sosial dan rakan selebriti lain juga tidak putus-putus memberikan kata semangat yang positif buat Dayah.

Terdahulu, suaminya yang bertugas di Australia tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandemik Covid-19 selain faktor kerjayanya di sana.

Dan pasangan ini dilihat kerap isi masa dengan berkomunikasi di alam maya.

Bagaimanapun baru-baru ini, Dayah dan anak pertamanya, Achbar Muhammad Fahri terbang ke Australia untuk bertemu empat mata bersama suami tercinta setelah sekian lama tidak bersua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Ads

“Journey to Baba. Syukur alhamdulillah Ibu and Achbar Muhammad Fahri survived our first flight.

“One step closer to see Baba as we have arrived in the land Down Under. Kuarantin sudah bermula, dan doakan semuanya baik dan lancar ya.

“Thank you for your concern and doa,” tulisnya awal Januari lalu.

Lalu sejurus selesai menjalani proses kuarantin selama 2 minggu, pasangan ini akhirnya bersua dan momen indah itu turut dikongsikan menerusi akaun kelab peminatnya di Instagram.

Ads

Menerusi beberapa posting yang dimuat naik, kelihatan Kapten Hanif memeluk erat isteri serta anak mereka yang kini genap lima bulan usianya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by dayahlova_my (@dayahlova)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by dayahlova_my (@dayahlova)

Tumpang sama gembira, para peminat bekas pengacara Nasi Lemak Kopi O dan Jom Singgah ini turut meninggalkan reaksi. Antaranya;

Ads

“Tiba-Tiba Mata Masuk Habuk,” – Dayah Bakar & Kapten Hanif Bertemu Selepas Setahun Tak Jumpa, Momen Pertemuan Sentuh Hati Ramai “Tiba-Tiba Mata Masuk Habuk,” – Dayah Bakar & Kapten Hanif Bertemu Selepas Setahun Tak Jumpa, Momen Pertemuan Sentuh Hati Ramai “Tiba-Tiba Mata Masuk Habuk,” – Dayah Bakar & Kapten Hanif Bertemu Selepas Setahun Tak Jumpa, Momen Pertemuan Sentuh Hati Ramai

Dayah berkahwin dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018.

Terdahulu media melaporkan Dayah reda apabila proses kelahiran tidak dapat diraikan suami.

Bagaimanapun dirinya bertuah kerana mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada kedua belah keluarganya dan teman rapat.

Foto: Instagram Dayahlova

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI