Selepas mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati yang dikenali MR H hujung tahun ini, pelakon Reen Rahim berkongsi momen indah saat mengikat tali pertunangan.
Reen, 34, menerusi Instagram mendedahkan, ibunya meminta untuk melangsungkan majlis merisik dan bertunang secara lebih meriah.
“Nampak macam well plan kan? Tapi sebenarnya umi buat hal. Empat hari sebelum date ni yang patutnya merisik sekali bertunang tertutup tak nak lebih 10 orang kononnya.
“Tiba-tiba dia minta pelamin and canopy, menggelupur lah kite wak. Tapi nasib baik mak hayam kite @ariweddingcouture dengan makcik dan kawan pun ade yang tau sehari sebelum semua pun menggelupur ambil cuti. Cekap wak,” kongsinya.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran sama, Reen secara seloroh membayangkan majlis tersebut sudah seakan majlis nak kahwin.
“Ingatkan empat hari punya kerja majlis ala-ala je lah. Sekali pelamin baju dah macam nak kahwin. Tu lah cerita dia.
“Entah lah big day ni nanti macam mane lah ghupanya lagi-lagi umi kautim dengan wedding planner,” tulisnya lagi.
Terdahulu di dalam satu sidang media, dramatis itu bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi dan identiti bakal suami bagi menjaga privasi selain mengelakkan penyakit ‘Ain’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI