Pelakon dan Usahawan, Datuk Rosyam Nor tidak boleh mengulas lanjut mengenai pendedahan aktor, Datuk Aaron Aziz yang mendakwa dia telah pun ‘dibuang’ daripada membintangi filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof, baru-baru ini.
Rosyam berkata, dia tidak tahu mengenai punca sebenar sebagaimana yang didakwa selain tidak bertanya lanjut mengenai isu yang berlaku.
“Saya pun kurang pasti mengenai nakshah yang mana memandangkan di dalam The Original Gengster ini, watak saya pun tidaklah terlalu besar.
“Hanya terlibat dalam 15 ke 16 babak sahaja. Malah saya pun tidak terbabit di dalam proses awal (pre-produksi) filem tersebut.
“Kemudian tiba-tiba saya dengar Aaron tak ikut (tidak berlakon sama). Bila ia berlaku saya tidaklah bertanya. Bukan cara saya untuk tanya kenapa dan sebagainya.
Ads
“Untuk ulas lanjut, saya tidak tahu,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, sebagai pelakon yang sudah lama terlibat dalam dunia seni, Rosyam percaya rezeki dan tidak menafikan dua figura tersebut profesional dalam apa sahaja tindakan yang dilakukan.
“Saya pun pernah terima sesebuah tawaran, namun akhirnya produksi tidak jadi ambil saya untuk berlakon. Jadi saya okay sahajalah, tak ada rezeki.
Ads
“Kalau contohnya Syamsul pernah nak buat filem ‘Tailong’ dan dia tawarkan saya untuk bawa watak sebagai hero.
“Namun tiba-tiba dia tak jadi nak buat filem tersebut, sebaliknya buat filem lain tapi tak ambil saya berlakon. Saya tidaklah akan marah pun.
“Jadi bagi saya, ia mungkin ada sebab-sebab yang tertentu, saya tak tahulah apa sebabnya.
Ads
“Saya rasa berkaitan dengan rezeki, tak payah fikirlah. Insya-Allah ada rezeki berlakon filem lain pula selepas ini.
“Pada saya, nama mereka besar. Mungkin kalau tidak terlibat di dalam filem tertentu, selepas ini boleh bekerjsama balik.
“Saya tidak melihat ia suatu masalah. Insya-Allah Ada hikmah di sebaliknya,” katanya lagi.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Rosyam Kambing Perap di Subang, Selangor pada Ahad.
Rosyam Kambing Perap yang hadir dengan sos Korea Hot & Spicy pertama di Malaysia itu dikilangkan oleh Delicious Western Sdn Bhd dengan sijil HALAL, GMP, HACCP dan MESTI.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa kini sedang berusaha istiqamah bertudung dan menutup aurat sepenuhnya sejak kembali dari tanah suci mengerjakan umrah tempohari.
Lebih menarik lagi, apabila penampilan terbaharu ini membuatkan Fatin Afeefa kelihatan sungguh manis! Penampilan Fatin yang menutup aurat dan berhijab telah mengundang pujian ramai.
Fatin Afeefa Nampak Seperti ‘Remaja’ Belasan Tahun!
Mana tidaknya, automatik nampak isteri Aliff Awang ini kelihatan muda remaja! Langsung tidak nampak seperti ibu kepada dua cahaya mata.
Malah, keanggunanya cukup terserlah terutama ketika menyarung persalinan rona hitam dengan tudung polos warna senada, terserlah sisi penuh keayuan pelakon berusia 28 tahun itu.
Selain netizen, penampilan Fatin turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang memuji wajah cantik dan pesonanya yang begitu menawan.
Netizen Dan Rakan Artis ‘Approved’ Penampilan Baru Fatin Afeefa
Sebelum ini Fatin atau nama sebenarnya Nur Afifah Shamsudin menjadi bualan warga maya selepas momen dia sedang membeli tudung bertebaran di media sosial.
Ini selepas suaminya sanggup membelanjakan wang hampir RM5,000 untuk menghadiahkan Fatin 19 helai tudung berjenama mewah dalam usaha aktres ini untuk menutup aurat.
Hujung Disember lalu, Fatin sah bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang atau mesra disapa Opai.
Pelakon filem Tentang Bulan tersebut sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia berusia tujuh tahun.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan terdahulu.
Fatin pernah membintangi filem dan drama popular antaranya Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning dan Monalisa.
Selain berbakat dalam seni lakonan, bakat nyanyian Afeefa juga mula disedari ramai selepas dia menyertai sebuah program nyanyian tahun lepas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nur Risteena mendedahkan dia masih belum mengandung sekaligus mengakui selera makannya juga bertambah selepas mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu.
Risteena atau nama lengkapnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 33, menerusi Melodi pada Ahad menjawab persoalan ramai susulan dakwaan perubahan tubuh badan sekaligus dikatakan hamil.
“Tak berisi (hamil) pun. Sebenarnya, saya kuat makan. Selepas kahwin selera makan saya kuat. Mungkin berat badan saya naik.
“Saya belum hamil, saya mungkin berisi sekarang sebab saya ada selera makan yang banyak,” katanya.
Bagaimanapun, kakak kepada pelakon Ruhainies akan berkongsi berita gembira itu sekiranya mendapat perkhabaran baik itu.
“Memiliki anak adalah impian bagi setiap isteri, jadi kalau ada rezeki tu, kenapa saya tak beritahu kepada semua?
“Insya-Allah, saya akan kongsikan berita baik itu kepada semua, tetapi buat masa sekarang, hanya berat badan sahaja yang naik. Saya kuat selera makan dan suami saya pun tak mengadu mengenai perkara itu,” katanya lagi.
Risteena menerusi temubual sama juga tidak terkilan apabila sesetengah wargamaya mempertikaikan kebahagian di samping suami tercinta, pelakon Isa Khan.
“Sejujurnya saya tidak terkilan, saya tidak terasa, saya tidak simpan hati dengan sesiapa pun. Setiap orang ada hak untuk tidak suka sesiapa ataupun suka sesiapa. Saya tiada hak untuk paksa orang untuk suka saya.
“Kalau mereka tak suka saya, saya minta maaf, kalau ada kesilapan dari kami yang menyebabkan ada pihak yang tersinggung, sebenarnya saya hanya nikmati hidup bahagia saya bersama suami,” katanya lagi.
Sekadar infiormasi, Risteena mendirikan rumah tangga bersama Isa pada 12 Mac 2021.
Isteri kepada penyanyi, Tajul Ariffin iaitu Nurul Shamieza Eddie berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Jelas Shamieza, kandungannya kini telah pun memasuki usia lima bulan dan dia berasa sangat bersyukur keran pada kali ini dia tidak mengalami sebarang alahan.
Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Shamieza menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
“Alhamdulillah 5 month ++ dah umur awak sayang ‘Ya Allah peliharalah anakku selama di dalam kandunganku. Aminn’
“This pregnancy rasanya sama kod macam Carissa, Mommy Icaa tak ada alahan just mual dan tak ada selera sangat nak makan. Daddy yang dapat muntah muntah dan craving macam-macam tapi second baby ni rasa besar semacam, baru 3m pregnant dah macam 6m Carissa, and baby kicking semua dapat rasa cepat sangat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shameiza turut berjanji dia akan membahagikan kasih sayangnya sama rata terhadap dua orang anaknya nanti.
“Alhamdulillah Carissa paham mommy dia pregnant lagi, so dia jadi extra manja. BUT tak ada istilah nanti Carissa dah tak dapat manja dah, anak-anak mommy semua mommy sama rata ye, sebab anak first lah yang mengajar mommy jadi seorang mak, mengajar mommy sakitnya contraction itu dan macam-macam lagi hahahaha. Tapi end up next year muka aku lagi kat Labour Room. Alhamdulillah nanti carissa dapat adik dah.
“Next post Icaa share journey macam mana Ica detect Ica pregnant lagi, serious kelakar dan sedih sangat. Icaa doakan siapa yang masih menunggu baby, tahun 2021 dikurniakan cahaya mata aminn,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Shamieza.
Terdahulu, Tajul dan Shamieza telah mendirikan rumah tangga pada tanggal pada tanggal 10 Disember 2017.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Adriana Carissa yang kini baru berusia setahun.
Sumber: Instagram Shamieza Eddie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkahwinan Luna Maya dan Maxime Bouttier memukau pandangan ramai pihak. Selain kagum melihat kebahagiaan pasangan mempelai, setiap sudut perincian majlis bermula dari dekorasi, busana,...