
Dalam merancang untuk mengeluarkan sebuah klip video muzik untuk singlenya terkininya yang berjudul Semakin, Siti Sarah kini berada di dalam dilema untuk memilih pelakon lelaki bagi membintangi klip tersebut.
Lalu, Siti Sarah yang popular menerusi lagu Kesetiaan dibantu suaminya Shuib dengan meninjau pendapat peminat-peminat mereka melalui laman Instagram.
Mengungguli carta pilhan peminat mereka adalah pelakon kacak Remy Ishak, Fikry Ibrahim dan Zul Ariffin.
Nama Shuib Sepahtu sendiri menjadi saingan hebat kepada 3 pelakon terbabit namun menurut Siti Sarah, dia telah menyingkirkan nama suaminya dari senarai terakhir.
Untuk rekod, jumlah tanda suka bagi tinjuan tersebut telah mencapai lebih 161,000 manakala komen cadangan mencecah 12,000. Klip video lirik pula telah menjangkau lebih 10juta tontonan di YouTube.
Jadi, siapakah yang bakal memenangi hati Siti Sarah dalam pencarian jejaka untuk muzik video semakin? Nantikan!
Foto: Instagram Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Zain Cakap Eh You Pakai Tudung Ke? I Jawab Aah…,”- Tak Siapa Paksa, Che Ta Dedah Kisah Hijabnya

Terbaru pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta telah berkongsi bersama pengikutnya di Instagram mengenai pengalaman dia berhijab.
“Mungkin kita tak tahu apa nawaitu dia orang nak pakai tudung tu, mungkin nak berfesyen dan juga nak tutup aurat ataupun nak tutup aurat dalam masa yang sama still berfesyen.”
“Sebenarnya setengah orang bila dia komen sebab dia tak pakai tudung ke ataupun dia kata oh buat apa i buat tak ikhlas ataupun belum dapat seru, sama ada you ikhlas atau tak ikhlas, tutup aurat tetap wajib!,”katanya.
Menurut Che Ta, dia memakai hijab bukan secara paksaan daripada suaminya, Zain Saidin malah Che Ta membuat keputusan untuk berhijab atas kerelaan hatinya sendiri.
“Tapi dengan I sendiri dia tak pernah suruh pun, cakap sayang you pakailah tudung…cuma balik daripada umrah, I nak keluar pergi makan, dia cakap eh sayang you pakai tudung ke? I cakap aah,”
“Dan mungkin kadang-kadang bila kita bertudung, kita buka tudung mungkin itu dugaan untuk kita,”kongsi Che Ta.
Lantas, perkongsian pelakon yang berasal dari Alor Star, Kedah itu telah mendapat pujian daripada netizen.
Video : Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alhamdulillah Meski Usia Kandungan Cecah 5 Bulan, Puteri Sarah Liyana Ke Tanah Suci Tunai Umrah atas IzinNya

Atas kehendak dan izinNya, Puteri Sarah Liyana kini sudah pun menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah, meski sedang sarat mengandung lima bulan.
Turut sama berangkat ialah suami, pengarah terkenal Syamsul Yusof bersama anak pertamanya.
Sehari lalu, pelakon ini turut memuat naik sekeping foto mereka bertiga di Instagram. Menerusi ruangan kapsyen, Sarah antara lain memohon maaf andai ada salah dan silap dan berdoa agar pemergiannya ke sana dipermudahkan.
“Assalammualaikum, kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci. Sekiranya ada salah dan silap atau terkasar bahasa… kami ingin memohon maaf. Doakan segalanya dipermudahkan,” tulisnya.
Serentak dengan itu, para pengikutnya di Instagram juga turut memberikan ucapan dedikasi dan berdoa agar mereka sekeluarga dipermudahkan sepanjang mengerjakan umrah.
Foto: Instagram Puteri Sarah, Syamsul Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Acara Muzik 12 Jam Tanpa Henti Di MAEPS, Nadin Amizah, Feby Putri, Hujan & Bunkface Gamatkan One Love Music Festival

Festival muzik selama 12 jam tanpa henti bakal menggegarkan suasana di Dewan A, MAEPS, Serdang pada 21 Disember ini.
Acara muzik besar-besar yang diberi nama One Love Music Festival itu bakal menghimpunkan 12 artis ternama tempatan termasuk daripada Indonesia.
Lebih 4,000 tiket telah pun terjual dan rata-rata para peminat sudah tidak sabar untuk
menyaksikan persembahan epik daripada band-band seperti Hujan, Bunkface, Insomniac, Drama Band, 53 Universe, Kugiran Masdo dan Gerhana Ska Cinta.
Lebih menarik, festival yang dianjurkan oleh Tuff KL ini turut mengundang artis-artis popular dari negara seberang seperti Nadin Amizah, Feby Putri, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil bagi menghiburkan peminat mereka di Malaysia.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL, Muhammad Zul Aqil, syarikatnya itu misi untuk menyatukan orang ramai melalui muzik dan komuniti, dan One Love Music Festival adalah cerminan kuat visi tersebut.
“Festival adalah gerakan yang bertujuan untuk memanfaatkan kuasa muzik demi menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang.
“Dalam era di mana hubungan sosial kadangkala terasa rapuh, festival ini berfungsi sebagai peringatan tentang kegembiraan dan perpaduan yang dapat dibawa oleh muzik secara langsung,” katanya.
Sementara itu, penaja utama MOVETIX oleh AirAsia MOVE turut berkongsi kegembiraan mereka berhubung kerjasama dengan Tuff KL untuk One Love Music Festival ini.
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX oleh AirAsia Move, acara ini pasti akan menyatukan peminat dan artis, terutamanya dengan barisan bakat tempatan dan antarabangsa yang luar biasa.
“Sebagai sebahagian daripada platform ejen pelancongan dalam talian (OTA), kami berharap untuk membolehkan pencinta muzik dan peminat artis hebat ini menikmati pengalaman perjalanan yang lancar.
“Mereka dapat menempah tiket acara, penerbangan, hotel, perjalanan mereka ke tempat itu. dan banyak lagi dengan nilai terbaik melalui aplikasi AirAsia MOVE,” ujarnya.
Sementara itu, Tuff KL turut mendapat sokongan daripada 20 universiti awam dan swasta untuk melibatkan para pelajar sebagai promoter, berkolaborasi dengan jenama tempatan dalam komuniti, dan bekerjasama dengan lebih daripada 50 influencer.
Pendekatan lazim ini bukan sahaja menginspirasikan golongan muda, tetapi juga mengukuhkan hubungan tempatan, serta mempromosikan rasa kebanggaan terhadap seni dan budaya Malaysia.
Tiket kini sudah mula dijual pada harga RM55 (Early Bird/Berdiri), RM150 (General Admission), RM169 (Rockzone) dan RM450 untuk pakej meet & greet (terhad kepada 50 peminat).
Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada acara muzik besar-besaran ini dengan membeli tiket menerusi laman web www.ticketmelon.com/olmfest sekarang.
Untuk maklumat lanjut mengenai One Love Music Festival, ikuti akaun media sosial rasmi mereka @olmfest_ di Facebook, Instagram dan TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI