Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Salam Untuk Kekasih, Nadia Ali menyifatkan pelancaran single terbaharu, Insaf sebagai suatu naskhah yang positif di dalam perkembangan kerjaya seninya.

Menurut Nadia, 50 atau nama sebenarnya, Zarina Mohd Ali yang sebelum ini diuji dengan penyakit strok otak yang kritikal enam bulan lalu, dia bersyukur dapat pulih dalam tempoh yang agak cepat.

“Kalau saya meninggal dunia semasa saya sakit sebelum ini, orang akan ingat saya dengan lagu Salam Untuk Kekasih.

“Namun dengan adanya lagu Insaf, kalau berlaku apa-apa orang akan kenang saya dengan lagu ini dan ia sangat baik. Semoga lagu ini diterima Allah sebagai satu amalan,” luahnya.

Mengimbas pengalaman berdepan ujian tersebut, Nadia menjelaskan dia tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.

“Tiba-Tiba Tak Boleh Berdiri, Otak Dengan Mulut Tidak Boleh Berhubung,” – Nadia Ali Cerita Saat Berdepan Strok Otak “Tiba-Tiba Tak Boleh Berdiri, Otak Dengan Mulut Tidak Boleh Berhubung,” – Nadia Ali Cerita Saat Berdepan Strok Otak

Ads

“Ketika itu saya berada dalam keadaan sihat dan nak buat satu program untuk radio secara strim. Tiba-tiba saya tak boleh berdiri.

“Manakala otak dengan mulut tidak boleh berhubung. Nak cakap benda lain tapi yang keluar dimulut lain. Saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke wad biasa.

“Alhamdulillah pemulihan saya sekarang sudah 80 peratus,” katanya berkongsi perkembangan terkini dirinya. 

Terdahulu selain masih aktif menyanyi, Nadia yang hidup ditemani sepasang cahaya mata juga bergelar pengusaha hotel di Sipitang, Sabah.

Ads

Dia pada masa sama bersyukur kepada Allah SWT dan berdoa untuk terus mengisi rutin hidup dengan kebaikan.

“Tiba-Tiba Tak Boleh Berdiri, Otak Dengan Mulut Tidak Boleh Berhubung,” – Nadia Ali Cerita Saat Berdepan Strok Otak

 

Ads

“Kali ini saya takkan mensia-siakan hidup dan jaga kesihatan sebaiknya. Saya kini amat menjaga makan ubat kolesterol dan darah tinggi. Setiap bulan akan buat pemeriksaan doktor.

“Saya tak berniat mencari untung wang ringgit dari lagu ini kecuali mengharapkan ia diterima sebagai satu amal untuk saya menjawab di akhirat nanti dengan bakat yang ada. Dengan rendah hati, saya berharap ia diterima Allah sebagai satu amal,” katanya.

Nadia menghasilkan sendiri lagu ini sepenuhnya, manakala Julfekar bertindak sebagai penerbit.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/BC7URRDM_mI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI