Siapa yang tak kenal dengan Count Dracula yang mempunyai sifat over protective terhadap anak gadisnya Mavis sehingga sanggup melakukan apa sahaja agar memastikan anaknya itu terus tinggal di bawah jagaannya. Malah, Drac sendiri sanggup membina sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang di sebuah hutan yang terpencil agar

Jika beberapa tahun lalu Mavis telah mengejutkan bapanya dengan membuat keputusan berkahwin bersama seorang manusia biasa dan melahirkan seorang bayi comel berambut kerinting keperangan, tahun ini Mavis kembali membuat kejutan besar buat bapanya apabila telah mengaturkan satu percutian musim panas yang mewah di atas sebuah kapal dan dipenuhi dengan ahli keluarga hantu yang lain.

IKLAN

Namun apa yang melucukan, jika dahulu Dracula bersungguh-sungguh untuk melakukan misi memisahkan hubungan Mavis dan suaminya, di sekuel kali ini, Mavis pula terpaksa berhempas pulas memisahkan ayahnya yang sedang angau dilamun cinta bersama seorang kapten kapal (Ericka) yang dipercayai mempunyai niat yang tidak baik.

Tetapi adakah benar sangkaan dan tanggapan Mavis terhadap kapten kapal tersebut atau hanya sekadar serkap jarang dan mampukan mereka miliki percutian yang diidamkan?

Hotel Transylvania 3: Summer Vacation bakal berada dipawagam pada 19 Julai 2018.

TRAILER : HOTEL TRANSYLVANIA 3

Kalau dulu Drac bersungguh-sungguh pisahkan Mavis dengan suami dia, tapi kali ni Mavis pulak pening kepala nak pisahkan Drac dengan kekasih baru dia ?

Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 5 July 2018

 

Jom jadi antara yang terawal menonoton filem ini di tayangan istimewa Hotel Transylvania 3: Summer Vacation yang bakal ditayangan pada masa dan waktu yang tertera di bawah

TARIKH: 11 Julai 2018
MASA: 8.30 malam
LOKASI: GSC, 1Utama

Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang memenangi barangan eksklusif limitted edition daripada Sony Pictures Animation’s dengan menjawab beberapa soalan di bawah…

[ninja_form id=20]

Antara barangan yang menanti korang…