Menerusi laman media sosial Instagram milik penyanyi Sufian Suhaimi sering mendapat perhatian daripada peminat.
Selain sisi seninya, peminat turut bertanya perihal fizikal penyanyi tersebut yang dikatakan semakin kurus dan kurang sihat.
Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah peminat yang memberi pendapat bahawa Sufian kelihatan sakit seperti terkena buatan orang atau sihir.
Ditanya mengenai perkara tersebut, Sufian punya jawapannya sendiri.
Menurut bintang yang mesra disapa Pian, dia akui terima pelbagai komen sedemikian di akaun Instagram.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa tidak mengalami sebarang penyakit misteri ataupun sihir.
“Sebenarnya bermula dengan akhir tahun 2018, saya tak berapa sihat sampai ke AJL, saya susut banyak, hampir 10 kilogram. Akan tetapi, sejurus AJL tahap kesihatan saya makin baik.
“Rasanya bukan buatan orang kot banyak buatan virus yang menganggu saya. Kalau mengikut pemeriksaan doktor, saya memang ada demam yang teruk, jangkitan paru-paru.
“Tetapi saya tidak ada apa-apa, saya sihat jer. Syukur alhamdulillah segalanya sudah mula kembali normal,”kata Sufian jujur.
Dalam perkembangan lain, Sufian bakal sibuk mempromosikan lagu single terbarunya berjudul Mencuba yang bakal dilancarkan di YouTube esok.
“Mencuba merupakan satu lagu yang menceritakan tentang usaha seseorang untuk menjadi yang terbaik tapi kalau ketentuan itu dah ditulis sebegitu, walau macam mana pun kita mencuba tetap akan mengikut takdir.
“Saya harap ramai yang akan suka lagu berkenaan dan juga harap lagu ini selalu dimainkan di radio, insyaAllah,”kongsi Sufian memasang harap.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buat Kerja Rumah, Lipat & Basuh Baju Kami,” – Selalu Dilayan Bak Puteri, Sweet Ucapan Nabila Huda Sempena Anniversary Ke-7
Bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-7, pelakon dan pengacara, ada menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Mohd Izwan Johar.
Menurut Nabila, dia sememangnya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat penyabar dan menyayangi keluarga seluruh harinya.
“Dear husband, terima kasih dengan segala cinta dan sayang mu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu .
“Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah isteri mu yang dramatic ini. Kesabaran yang ada dalam diri awak tu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan.
“Terlalu hebat awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda. Kerana kesabaran awak, Alhamdulillah 9 tahun kite bersama. 7 tahun kite sebagai suami isteri,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program Melodi itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, suaminya itu juga mempunyai keperibadian yang sangat ringan tulang terutamanya dalam melakukan kerja-kerja rumah.
“Takde apa yang saya mintak dari awak,cukuplah kasih sayang awak yang ikhlas melayan saya dan keisha macam tuan puteri setiap hari.
“Masak, buat kerja rumah,basuh baju kami, lipat baju kami, kemas rumah, buat kami ketawa setiap hari, manja kan kami. Awak sentiasa ada dalam keadaan bersedia whenever we need you,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, anak kepada penyanyi terkenal, Amy Search ini turut memanjatkan doa kepada Allah SWT agar suaminya itu sentiasa didalam lindungannya dan diberikan kesihatan yang baik
“We love you Abi! Please jaga kesihatan awak ok..I’m scared of losing you. I can’t imagine life without you my love.
“Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya..Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar,” akhirinya.
Sekadar informasi, Nabila dan Izwan telah mendirikan rumah tangga mereka pada Disember 2015.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada 2008, Nabila dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Malam Ni Kita Menang…,”- Lagu Sifar Jadi Juara Di Festival Muzik Di Toronto, Kmy Kmo & Asfan Shah Syukur Bangga!
Rapper, Kmy Kmo menzahirkan rasa bangga selepas lagu kolaborasinya bersama Tripdisz, Asfanshah dan Lady D yang berjudul Sifar telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori Music Is Key di International Media Festival For Prevention (IMFP) yang berlangsung di Toronto, Kanada.
Pencapaian tersebut sememangnya menjadi penanda aras baru bagi industri muzik tanah air di mata dunia memandangkan ia turut melibatkan 289 penyertaan daripada 40 buah negara.
Menurut Kmy atau nama sebenarnya, Luqmanul Hakim, dia berasa amat bersyukur dan berterima kasih kesemua pihak turut terlibat dalam menjayakan lagu ini.
“KAMI JUARA! Syukur Ya Allah! Lagu SIFAR dari @tripdisz @asfanshah @ladydeeofficial dan saya @kmy__kmo berjaya menjadi JUARA didalam kategori “Music Is Key” di International Media Festival For Prevention (IMFP) di Toronto, Kanada.
“Pertandingan yang melibatkan 289 penyertaan daripada 40 buah Negara. Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang terlibat. Szalute,” tulisnya.
Rasa bangga itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagi penyanyi, Asfan Shah pula, dia menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah paling bermakna daripada Allah SWT.
Jelas Asfan, meskipun dia dan rakan-rakan tidak dapat berada di festival tersebut, namun, mereka tetap mahu mendedikasikan kejayaan tersebut buat seluruh rakyat Malaysia.
“Alhamdulillah. Hadiah dari Allah SWT. Saya, @kmy__kmo , @tripdisz , @ladydeeofficial , @perkeso.official dan @rusamusic baru saja memenangi award “Music Is The Key“ di International Media Festival. Toronto Canada menerusi lagu Sifar. Alhamdulillah. 😭m
“Thank you team! Walaupun tak dapat berada disana. Malam ni kita menang. Alhamdulillah,” kongsinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat semua pihak yang telah sama-sama menjayakan lagu Sifar ini.
“Congrats brother. Alhamdulillah.
“Tahniah buat seluruh team.
“Tahniah Kmy Kmo and team. Proud of you guys.
“Alhamdulillah, tahniah bang. Teruskan berkarya.
“Fuh, memang mantap. Sampai ke luar negara lagu Sifar. Terbaik.
Terdahulu, Sifar merupakan lagu ciptaan bersama Kmy, Lady D, Asfan Shah dan Tripdisz malah ia telah diangkat sebagai lagu original soundtrack bagi filem Warkah.
Sumber: Instagram Asfan Shah & Kmy Kmo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Banyak Kali Dapat Cium Dan Peluk…,” – Farahdhiya Luah Rasa Hati Selepas Jenazah Bapa Selamat Dikebumikan
Walaupun reda dengan pemergian arwah bapa, Mohamed Amin dan bersyukur urusan pengkebumian berjalan lancar, namun Farahdhiya menerusi laman Instagram meluahkan rasa hati dan rindu paling dalam kepada bapanya.
Ulas Farah, dia tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupannya selepas ini tanpa kehadiran bapa di sisi. Nyata, ketakutannya selama ini telah menjadi kenyataan.
“Selamat pulang ke penciptamu Nyawaku, Mohamed Amin binti Raja Maimunah.
“Alhamdulillah senang Dada pergi utk menghadap pencipta Dada pagi tadi,Thank you Allah swt kerana permudahkan segalanya untuk kesayanganku dunia akhiratku.
“Farah redha Dada, Farah redha walaupon Farah tak puas lagi jaga Dada. Tapi Allah lebih sayangkan Dada.
“Dada Sayang, it’s 5am now, I still can’t sleep, I’m already missing u so so much. It hurts so bad. Farah masih tak boleh bayangkan hidup Farah lepas ni tanpa Dada.
“Dada lah nyawa Farah, Dada lah segalanya dlm hidup Farah Da, I’m lost without u, my heart is broken into pieces. Dah takde nak tanya Dada nak makan apa hari ni?
“Nak masak sedap2 utk Dada,nak tanya Dada Dada dah makan ubat ke? Dah takde Dada msg Farah tanya habis kerja pukul berapa, adik lambat lagi ke? sampai sanggup tunggu sehingga Farah sampai rumah just to make sure I get home safe, dah takde lagi semua tu Da.
“Hari yg Farah paling takut dlm hidup jadi kenyataan,Dada pergi tinggalkan Farah tanpa sebarang pesan terakhir tapi Farah redha Da, tenanglah Dada disana seperti mana tenang nya muka Dada tadi, Alhamdulillah byk kali Farah dapat cium dan peluk Dada, Dada paling wangi hari ni Da. Dada rehat ya, tak sabar Farah nak jumpa Dada lagi, insyaallah Farah jugak akan menyusul, I cant wait to see u again in Syurga insyaallah.I will never stop praying for u Da,” tulisnya.
Penyanyi dan pelakon ini turut menitipkan doa buat arwah bapa dan memohon agar bapanya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.
“Ramai kawan2 Dada dan kawan2 Farah dtg ziarah dada tadi,all your friends always have good things to say about u sampailah hujung nyawa Dada, Alhamdulillah,Orang yg baik ramai sayang.
“Rehatlah puas puas Kesayanganku, Dada tunggu Farah tau. Ya Allah Ya tuhanku,Kau berikanlah aku kekuatan untuk lalui dugaanMu ini, Ya Allah Kau tolonglah jagakan ayahku, Kurniaankan lah belas kasihan kepada ayahku, Ya Allah Ya Tuhan ku ampunilah dosa2 nya, Berilah RahmatMu keatas ayahku yg tercinta, Muliakanlah kematiannya, diluaskan serta diterangkan kuburnya dan kuburnya menjadi taman2 syurga, Ya Allah ya Tuhanku, kau tempatkan lah ayahku bersama org2 yg beriman dan beramal soleh. Aminnnnn.
“Mintak tolong sedekah kan Al-Fatihah dan doakan ayah saya please? Terima kasih semua atas ucapan takziah dan doa2 anda semua,tuhan sahaja dapat membalasnya. Al-Fatihah (bacaan) 9/1/20,” kongsinya panjang lebar.
Al-Fatihah buat Farahdhiya dan dalam takziah.
Foto : Instagram Faradhiya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI