Seperti sedia maklum, sambutan ramadan tahun ini sedikit berbeza apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuk fasa keempat dan dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.
Malah, setakat ini perniagaan secara langsung di kawasan awam seperti bazaar Ramadan turut turut tidak dibenarkan.
Lalu pelakon, Atikah Suhaime ada meluahkan rasa berkenaan dengan sambutan puasa tahun ini meski sedikit berbeza daripada kebiasaannya.
“Salam ramadhan. Saya teruja untuk tahun ini, kita dapat mengenal erti Ramadhan yang sebenar. Sederhana.
“Tidak ada bazar, tidak membuang makanan. Ramadhan bukanlah makanan yang akan anda buka puasa tetapi lebih seperti refleksi, dan memberikan yang terbaik dari diri anda,” kongsinya.
Dalam pada itu, bintang Volkswagen Kuning ini memberi nasihat kepada peminat untuk rebut peluang melakukan ibadah sebanyak mungkin di bulan Ramadan yang suci.
“Lakukan Ibadah sebanyak mungkin. Makan dengan sihat, untuk kali ini. Bagi mereka yang hanya alim semasa ramadhan, saya harap anda akan terus menjadi alim walaupun selepas ramadhan.
“Dan untuk orang bukan Islam, jom sertai kami dalam bulan puasa ini dan turunkan berat badan. Semoga anda semua dalam keadaan baik,” tulisnya.
Di samping itu, peminat turut mendoakan agar pelakon berusia 29 tahun asal Singapura itu dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya.
Foto: Instagram Atikah Suhaime