“Tidak Ada Hadiah Lebih Bermakna Di Hari Lahir Saya,” – Awal Bersyukur Scha Al Yahya Hamil 4 Bulan, Ramai Rakan Artis Beri Reaksi Tumpang Gembira

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon dan hos, scha Alyahya yang kini sedang hamil anak keduanya.

Menurut suaminya yang juga pelakon, Awal Ashaari menerusi Instagram, usia kandungan isterinya itu kini sudah mencecah empat bulan.

Lebih beri makna, ia merupakan hadiah paling bermakna buat Awal yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-39.

Menerusi video pendek yang merakamkan pengumuman mengenai kehamilan tersebut oleh anaknya, Lara Alana, Awal menerusi ruangan kapsyen turut menzahirkan rasa syukur.

Scha turut berkongsi video sama di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah Syukur. Lara macam gelak tak ikhlas je tu.

“#Repost @awalashaari Assalamualaikum wbt.

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

“We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month.

“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.

“Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga.

“P/s: Scha mintak maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kengkadang pun dia benci jugak haha,” tulis Awal panjang lebar.

Sementara itu menerusi ruangan komen, peminat dan rakan selebriti turut tumpang gembira dengan berita tersebut seterusnya memberikan dedikasi buat pasangan selebriti itu.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan semoga kesihatan si ibu dan anak yang dikandung kekal sihat.

Scha turut mengucapkan terima kasih atas segala ucapan menerusi Insta Stories.

Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, yang kini berusia 6 tahun.

Foto: Instagram Awal Ashaari, Scha Alyahya

Published by
MH