“Tidak Ada Kecederaan Lain Atau…,” – Hasil Autopsi Didedahkan, Penyebab Kematian Pelakon Naya Rivera Akhirnya Terungkap

Share

Kematian aktres Naya Rivera disahkan sebagai akibat kemalangan, menerusi hasil autopsi yang dilakukan dan laporannya telah dikeluarkan oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Ventura.

“Keputusan autopsi menjelaskan, konsisten dengan lemas dan keadaan mayatnya juga begitu ketika dia tenggelam.

“Tidak ada kecederaan lain atau penyakit lain seperti trauma tertentu dan tidak ada petunjuk dadah atau alkohol menjadi sebagai punca kematian,” tulis laporan berkenaan terhadap kematian bintang berusia 33 tahun itu.

Terdahulu, mayat pelakon kelahiran Santa Clarita, Amerika Syarikat itu ini ditemui pada 14 Julai lalu selepas hampir seminggu dikhuatiri lemas.

Pada masa sama, pihak berkuasa turut menyebut, Rivera tidak mempunyai cukup energi selepas menyelamatkan anaknya, Josey Hollis Dorsey.

Terdahulu, mediang Rivera dikatakan telah menyewa sebuah kapal bagi tujuan liburan bersama anak lelakinya di Dnaau Piru Rabu lalu kira-kira jam 1.00 petang.

Bagaimanapun, pihak penyewa kapal melakukan operasi mencari kapal yang disewa Rivera memandangkan ia tidak pulang sehingga tamat waktu sewaan.

Ketika kapal ditemui, hanya anaknya sahaja yang sendirian di dalam kapal terbabit.

Sumber: CNN, news.au.com

Published by
MH