Selepas dua minggu bersiaran menerusi program Ubi Superstar Live, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengakui dia berasa sedikit kekok untuk menghiburkan peminat selepas beberapa tahun berehat.
Menurut Shuib, bergandingan dengan ahli baharu bukan suatu perkara yang mudah termasuk untuk mendapatkan keserasian bersama ahli-ahli yang lain.
“Hampir dua tahun saya tidak terlibat dalam sebarang program pentas atau persembahan live begitu, jadi memang agak sukar untuk kembali beraksi.
“Tambah lagi dengan gandingan orang baharu yang sebelum ini saya memang tidak pernah bekerjasama.
“Jadi, saya cuba habiskan banyak masa bersama rakan-rakan lain supaya wujud keserasian antara kami,” kata Shuib kepada MH.
Shuib ditemui ketika acara Konsert Jelajah Suria yang berlangsung di ruang legar Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada Sabtu.
Ads
Selain Shuib, Ubi Superstar Live turut disertai Ajak serta kumpulan Ubi yang dianggotai Fad, Sharif dan Namie.
Bapa kepada empat cahaya mata itu juga meminta penonton tidak membanding-bandingkan program Ubi Superstar Live dengan Sepahtu Reunion.
Ads
“Tidak adil jika penonton hendak bandingkan program ini dengan rancangan Sepahtu Reunion kerana ia sudah berada dalam kedudukan tersendiri.
“Saya bersama Sepahtu Reunion selama lima tahun, jadi keserasian itu memang sudah ada. Apa sahaja yang kami buat menjadi di atas pentas,” katanya lagi.
Sementara itu, Shuib turut diminta mengulas mengenai sesi siaran langsung TikTok di mana salah seorang anggota Sepahtu mengatakan sebelum ini dia pernah memujuk Shuib untuk kembali menyertai program Sepahtu Reunion.
Ads
Shuib sebaliknya mengatakan sesi pujuk-memujuk itu tidak pernah berlaku dan rakan-rakan kumpulan terdahulunya mengetahui punca kenapa dia tidak mahu kembali menyertai program tersebut.
“Saya pun pelik kerana sebelum ini tidak ada sesi pujuk memujuk seperti didakwa. Mereka tahu kenapa saya tidak boleh ke arah itu (menyertai Sepahtu Reunion).
“Mereka kenal saya, kalau saya kata tidak, maka ia tidak akan berlaku,” jelasnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan pendedahan pelakon Diana Danielle mengenai anak keduanya, Nur Aurora, 8, trauma sehingga membuatkannya tidak mengizinkan suami, Farid Kamil daripada bertemu anak-anak, adik kepada aktor itu, Fadzil Zahari tampil melontarkan pertanyaan kepada aktres tersebut berhubung isu berkenaan.
Menerusi ruangan komen di Instagram Hlive, Fadzil memberikan pertanyaan tersebut di atas perkongsian video Diana ketika dikeremuni wartawan sebaik selesai prosiding perbicaraan kes permohonan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.
“Trauma sebab apa?” tanya Fadzil.
Terdahulu, Diana mengeluarkan kenyataan tersebut bagi mengulas mengenai kenyataan Farid yang sudah 23 hari tidak bertemu anak-anak.
“Aurora trauma,” ringkas jawapan Diana yang enggan menjawab punca anak bongsunya itu trauma.
Menerusi prosiding tersebut, Farid enggan menceraikan Diana malah cuba mempertahankan rumah tangga yang telah dibina sejak lebih 10 tahun lalu.
Farid juga turut membawa sejambak bunga ros dan sebentuk cincin bagi memenangi semula hati Diana.
Untuk info, Farid dan Diana berkahwin pada 2 November 2012.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ayda Jebat mengakui dia tidak bertanya lebih kepada Sheila Rusly berhubung bayangan pengarah dan penerbit itu yang dikatakan mahu berehat buat sementara waktu dari seni, sebagaimana yang diumumkan menerusi Instagram, bulan lalu.
Malah, Ayda yang kini turut sama terlibat di lokasi penggambaran drama terbaru, Bukan Gadis Biasa di samping Sheila mendedahkan, dia bimbang andai apa yang diperkatannya nanti akan mempengaruhi bintang senior terbabit.
“Kami di set, ada rasa macam sedikit sedih sebab saya sendiri tidak berapa pasti sama ada Sheila Rulsy mahu berhenti terus atau bagaimana.
“Saya tidak bercakap mengenai hal tersebut bersamanya sebab tak mahu serabutkan dirinya lagi atau bimbang andai ada kata-kata yang boleh mempengaruhi dirinya lagi.
“Keputusan tersebut datang daripadanya dan saya bukan jenis yang suka tanya banyak soalan. Pada masa sama, dia juga secara perlahan-lahan meminta saya untuk berada di monitor untuk melihat hasil lakonan,” katanya.
Pelakon dan penyanyi yang kini muncul dengan single terbaru, Better Than You turut mendedahkan, Sheila kini lebih banyak menghabiskan masa untuk menjiwai wataknya dalam drama yang bakal ditayangkan tahun hadapan itu.
“Kebelakangan ini ketika di lokasi, dia sudah jarang untuk melihat monitor. Sebaliknya berada di dalam bilik bersiap sedia untuk menjiwai wataknya.
“Sebelum ini, meski dia turut berlakon dalam mana-mana naskhah pun, dia tetap akan pantau di monitor,” jelas Ayda.
Bukan Gadis Biasa merupakan nakshah terkini dari JS Picutres dan turut mempilkan Remy Ishak, Nazim Othman dan ramai lagi.
Sebelum ini, Sheila ada memberikan bayangan untuk berehat sejurus Anugerah Skrin 2019 lalu yang turut menyaksikan drama terbitannya, Pia memenagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Zara Zya) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama bagi drama Dia Tidak Berdosa (Nabila Huda).
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...