Pelawak dan pengacara Ajak Shiro manafikan dirinya ada menerima surat saman daripada pelakon senior, Ogy Ahmad Daud.
Ia berikutan selepas Ajak dikatakan telah berkelakuan biadap kerana mencelah sewaktu Ogy sedang menyampaikan anugerah di malam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH31) baru-baru ini.
Katanya, hal seperti ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana dia hanya menjalankan tugasnya sebagai pengacara.
“Bagi saya isu ini tiada apa pon sebenarnya. Saya hanya menjalankan tugas saya sahaja sebagai pengacara.
“Tiada niat untuk menyinggung hati mana-mana pihak kerana sepanjang penglibatan sebagai seorang artis, saya amat menghormati orang-orang yang sepentas dengan saya.
“Selepas malam tersebut, saya tidak menerima sebarang berita daripada beliau. Jadi, saya anggap tiada apa pon yang perlu diperbesarkan. Saya tahu Kak Ogy sayang saya,” katanya kepada MH.
Ditanya adakah selepas ini Ajak akan lebih berhati-hati dalam pengacaraannya, ini respon yang diberikan oleh anggota kumpulan Shiro itu;
“Sejujur saya tidak akan berhati-hati kerana saya selesa dengan cara saya ketika ini. Cuma pada masa sama, rakan artis lain pun perlu menjadi lebih profesional,” jelasnya lagi.
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI