Penyanyi Sufie Rashid atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi kelahiran Singapura itu telah mengimbau kembali kenangan saat menjadi juara untuk program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2015.
“Assalamualaikum semua! Hari ini tepat 4 tahun lepas saya menang Akademi Fantasia 2015. 10 Minggu dalam “bootcamp” yang penuh dengan cabaran dan pelajaran.
Saya tidak akan lupa penat lelah keluarga mara, cikgu cikgu, sahabat dan peminat2 yang setia menyokong saya hingga sekarang.
IKLAN
“I am where am i because of all of you “ Sejarah kehidupan saya ini atas dasar kesungguhan korang semua yang percaya denganbakat saya.
“Insyaallah, i will not stop. Walaupun sepanjang career saya penuh dengan dugaan dan halangan, saya akan tetap terus memperjuangkan seni muzik tanah air kita dengan sepenuh hati saya.And with that, ALHAMDULILLAH.#AF2015,” tulisnya.
Atas nama cinta, pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya juga pelakon, Wawa Zainal wisma bernilai RM3.2 juta.
Bangunan tiga tingkat yang menelan kos pengubahsuaian sekitar RM2 juta itu adalah pusat bagi rangkaian perniagaan mereka, Wawa Cosmetics.
Lokasi sama turut menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok barangan.
Menurut Wawa, 31 atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, memiliki wisma sendiri adalah impian mereka sejak 2016 lagi.
“Sebenarnya kami sudah memasang impian ini dari dulu. Tidak menjangka kami akhirnya dapat buat, walaupun sebenarnya banyak dugaan dan rintangan dari awal mulakan perniagaan.
“Kami pernah diketawakan, dihina malah ada beranggapan kami akan bercerai. Sebab pada awal ambil keputusan untuk kahwin, orang ramai cakap kami akan hidup susah.
“Alhamdulillah, akhirnya kami dapat buktikan kami juga boleh berjaya. Kata-kata itu membuatkan kami kuat hingga sekarang,” katanya.
Wawa dan Aeril ditemui pada Perasmian Wawa Cosmetic HQ dan Pelancaran Wawa Fantacy Dream Night, di Bandar Baru Bangi, Selangor, pada Isnin.
Menurut Wawa, dia bangga dengan kejayaan dikecapi selain masih tidak percaya sudah memiliki wisma perniagaan sendiri.
“Saya sebenarnya sangat bangga dengan kejayaan hari ini. Macam tak percaya pun ada kami sudah ada wisma.
“Proses pengubahsuaian menelan kos RM2 juta. Ia dimulakan sejak Jun tahun lalu lagi. Ambil masa lama juga untuk siap sepenuhnya. Ia direka oleh Aki Designer berkonsepkan ‘French Industrial’.
“Memang gembira apabila sudah ada wisma. Sudah boleh jemput r’eseller’ untuk datang mesyuarat di pejabat. Sebelum ini tak ada tempat. Sekarang apabila sudah ada tempat cantik, boleh bergambar dan lain-lain,” katanya lagi.
Mengulas mengenai set solekan terbaharu yang bakal dilancarkan pada 25 Mac depan, ia sebenarnya adalah edisi kedua selepas kejayaan Wawa Unicorn Edition yang habis terjual dua tahun lalu.
“Kami pilih untuk mengekalkan konsep ‘fairytale’ kerana ramai yang suka selain ia adalah edisi terhad. Yang istimewanya kali ini, saya turut membuat ‘cover’ lagu Snow White untuk video klip kempen berkenaan. Bermakna sebab ia serentak dengan pembukaan wisma baru kami.
“Edisi pertama sebelum ini ‘sold out’ dalam tempoh seminggu. Ada pembeli yang tidak sempat untuk milikinya. Jadi saya fikir, edisi baru ini adalah sebagai hadiah kepada mereka di luar sana. Saya sebenarnya sudah lama rancang untuk lancarkan Fantasy Dream Night ini, cuma ada beberapa kekangan dengan pandemik Covid-19 dan sebagainya.
“Jadi sekarang adalah masa yang sesuai. Kita keluarkan 80,000 set untuk pengeluaran pertama. Harapnya ia mendapat maklum balas yang baik daripada semua, insyaAllah,” katanya.
Selepas empat tahun memenangi hati penonton dengan siri Ejen Ali, Primeworks Studios dan WAU Animation mengumumkan bakal membawa karakter animasi itu ke layar perak pada penghujung tahun hadapan.
Tampil dengan idea yang lebih segar, ini antara sebab mengapa Ejen Ali merupakan filem animasi tempatan yang ditunggu-tunggu menjelang tahun 2019;
Iris Baru Diperkenal
Seperti semua sedia maklum, I.R.I.S atau Infinity Retinal Intelligence System merupakan identiti atau kuasa yang dikurniakan kepada Ejen Ali. Menurut pengarah filem yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid, kebolehan IRIS akan dipertingkatkan kerana Ejen Ali dikhabarkan bakal melawan musuh yang belum pernah dijumpainya di dalam siri sebelum ini.
2. Watak Antagonis Misteri
Menerusi filem Ejen Ali, watak antagonis baru akan diperkenalkan tetapi kali ini Ali dikhabarkan terperangkap dengan permainan emosi. Ini kerana, watak antagonis tersebut diceritakan hadir daripada masa silam ejen tersebut. Jadi, bagaimanakah Ali ingin keluar daripada masalah tersebut? Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.
3. Ahli M.A.T.A Yang Baru
Selain daripada watak Ali, Alicia, Bakar dan Rizwan, pengarah akan memperkenalkan beberapa lagi ejen baru untuk memperkuatkan M.A.T.A. Mereka dilaporkan akan membantu Ali dan ejen-ejen lain untuk menentang musuh di dalam filem Ejen Ali nanti.
4. Penghasilan gedjet baru
Menurut Usamah lagi, menerusi filem ini, beberapa gadjet baru seperti kenderaan, senjata dan alat berteknologi tinggi akan diwujudkan. Ia sejajar dengan kemajuan penduduk di Cyberaya. Gadjet-gadjet ini dikhabarkan lebih canggih dan hebat berbanding dengan perkakasan sebelum ini.
5. Tarik Perhatian Golongan Dewasa
Jika kebanyakkan filem animasi tempatan hanya tertumpu kepada golongan kanak-kanak, filem Ejen Ali ini dikatakan turut mampu untuk menarik perhatian golongan dewasa. Ini disebabkan jalan cerita atau bahan jenaka yang digunakan dilihat dekat dengan hati setiap rakyat Malaysia. Jadi, golongan dewasa pun tiada masalah untuk menonton filem ini.
Nampak macam menarik bukan? Rasa-rasanya MH pun dah tak sabar nak nantikan filem sulung Ejen Ali ni. Mesti gempak!
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Intan Najuwa bertuah kerana dapat berlakon sama dengan aktor, Redza Rosli menerusi drama bersiri terbaru, Tak Sempurna Mencintaimu yang kini rancak bersiaran menerusi slot Akasia TV3.
Mendukung watak sebagai Siratul, Intan berkata penggambaran drama berkenaan menjadi lebih mudah kerana timbulnya keserasian di antara mereka berdua selain kerap berbincang bagi menghidupkan babak bersama.
“Sejujurnya saya sangat suka bekerjasama dengan Redza kerana dia seorang pelakon yang sangat ‘memberi’. Malah setiap babak bersama kami akan berbincang terlebih dulu dan ia memudahkan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun boleh ‘get along’ dan chemistry kita berdua sangat kuat di dalam drama ini. Tak dapat dinafikanlah, memang sangat senang bekerja dengannya.
“Mustaqim lakonan Redza memberi energi kepada karektor Siratul (Intan) dan ia sekali gus membuatkan ia seimbang dengan baik,” jelasnya kepada MH.
Intan pada masa sama turut optimis memberikan yang terbaik selain tidak sabar menantikan reaksi penonton terhadap drama 28 episod itu.
“Saya berharap agar drama ini dapat diterima dengan baik, sama-sama naikkan ratingnya nanti. Ini kali pertama saya bergandingan dengan Redza di samping beberapa pelakon senior lainnya,” katanya lagi.
Sejak beberapa haru lalu, nama pelakon, Siti Khadijah Halim menjadi perhatian ramai selepas lakonannya di dalam drama Wanita Syurga memberikan kesan kepada penonton.