Tidak Ambil Sebarang Ubat Demi Tampil Ideal, Rupanya Ini Rahsia Shima Anuar – “Jangan Tanya Ubat Kurus Apa I Makan.”

Share

Kehadiran dua permata, Marian Sophia dan Mikhael Iman menjadi penyeri buat pelakon Shima Anuar dan suaminya, Mohd Solih Toha.

Meski bergelar ibu beranak dua, namun bintang filem Highlands Tower amat menitikberatkan personaliti dan penampilan dirinya. 

Misalnya, Shima kini sering mengamalkan pemakanan sihat dan melakukan senaman menerusi perkongsiannya di Instagram. 

Morning! Tadaaa! Jangan tanya ubat kurus apa i makan. I don’t have any. Just eat clean and healthy, exercise, minum air banyak2! Kbye!

“Nak pegi pilates kejap lagi. Have a good day everyone!,”  tulisnya.

Menurut Shima, amalan pemakanan sihat seperti pengambilan bijirin oat mampu membantu dalam proses mendapatkan bentuk badan ideal.

Malah, pelakon wanita itu juga berkongsi beberapa aktiviti senaman yang dilakukannya bagi mendapatkan bentuk badan yang langsing. 

Pada masa sama, jangan lupa untukmengambil air putih dalam kuantiti yang sepatutnya ya!

 Foto/Video : Instagram Shima Anuar

Published by
Amynur Akmal