“Tidak Boleh Dipulihkan Lagi…” – Joe Jonas Fail Perceraian Kepada Sophie Turner Setelah 4 Tahun Bergelar Suami Isteri

Share

Walaupun muat naik perkongsian Instagram terbaru Joe Jonas memaparkan dia memakai cincin perkahwinannya, mahligai indah yang dibina dengan aktres terkenal, Sophie Turner selama ini tidak lagi dapat bertahan.

Today.com melaporkan bahawa ahli Kumpulan Jonas Brothers itu memfailkan surat cerai hari ini di Miami. Dia dilaporkan turut meminta hak penjagaan bersama kedua-dua anak perempuan mereka, yang kini masing-masing berumur 3 tahun dan setahun.

Menurut outlet itu, dalam pemfailan kes tersebut, petisyen itu menyatakan, “Perkahwinan antara kedua-dua belah pihak tidak dapat dipulihkan.”

Sumber turut melaporkan bahawa kedua-dua selebriti terkenal itu mempunyai perjanjian pranikah (prenup agreement) sebelum mereka bergelar suami isteri.

Maka tidak hairanlah sekiranya, vokalis Kumpulan DNCE itu dapat mengekalkan royalti muziknya, manakala pelakon wanita tersebut pula dapat mengekalkan pendapatan televisyen dan filemnya sebaik mungkin.

Mana-mana harta yang diperoleh sebelum perkahwinan mereka akan kekal atas nama pemilik dan, dalam kes perceraian mereka sekarang, kekal menjadi hak milik pemilik tersebut.

Satu-satunya perkara yang pasangan itu perlu bersetuju dan berbincang di mahkamah adalah hak penjagaan anak dan nafkah bagi kedua-dua anak mereka.

Sekadar info, Turner dan Jonas mula menjalin hubungan mesra pada 2016 ketika Turner baru berusia 20 tahun, manakala Jonas tujuh tahun lebih tua daripadanya.

Mereka bertunang setahun kemudian, kemudian berkahwin pada Mei 2019 sebelum menyambut kelahiran anak perempuan pertama mereka Willa pada Julai 2020 dan anak perempuan kedua pada 2022.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: HollywoodNews

Published by
Adriana Syaurah