Wajah di sebalik topeng Periuk Kera menerusi program realiti nyanyian The Masked Singer Malaysia musim kedua (TMSM2) telah pun diketahui apabila penyanyi Reshmonu tersingkir di saingan konsert minggu ketujuh, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, kesemua para juri tetap yang dibarisi sembilan selebriti tanah air tidak dapat meneka dengan tepat siapa figura di sebalik kostum Periuk Kera berkenaan.
Salah seorang juri tetap program tersebut, pelakon Ramona Zamzam mendedahkan dia kali terakhir mendengar lagu Resmonu ketika masih di bangku sekolah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Ramona akui tertekan kerana tidak berjaya untuk meneka gerangan yang mengenakan kostum Periuk Kera dengan tepat.
“Last dengar lagu Reshmonu masa sekolah rendah aaaa stress la mcm ni Tapi korang suka kan semua juri tak dapat teka #TheMaskedSingerMalaysia #SiapaDiSebalikTopeng,” tulisnya.
View this post on Instagram
The Masked Singer Malaysia musim kedua telah menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella, Ramona Zamzam, Michael Ang, Amy Mastura, Raja Azura, Zizan Razak, Remy Ishak dan Angah Raja Lawak.
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna HD (107), mulai 28 Januari 2022.
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia musim kedua diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ramona Zamzam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI