Kurang 24 jam dilancarkan, klip video lagu terbaru dari Ayda Jebat, Temberang berjaya menduduki tangga pertama carta kini di Youtube Malaysia.
Jelas Ayda, pencapaian tersebut disifatkan sebagai sebagai sesuatu yang tidak dijangka.
“Alhamdulillah, saya berasa tidak dijangka tetapi senang apabila melihat video Temberang menduduki carta teratas di Youtube walaupun tidak sampai dua hari ia dilancarkan.
“Mudah-mudahan, lagu ini boleh diterima dan mendapat tempat di hati semua orang,” katanya lagi.
Ketika artikel ini ditulis, klip video arahan Aaron Lee itu telah meraih sebanyak 364,0000 tontonan, termasuk 18 ribu tanda suka.
Rata-rata memberikan maklum balas positif terhadap lagu ciptaan Ezra Kong, Hael Husaini dan Ayda Jebat itu memandangkan melodi dan liriknya yang mudah diingati.
Sementara itu, versi digital Temberang akan dilancarkan secara rasmi di platform digital pada 28 Disember depan.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Truly, Aku Tak Suka Tengok Balik, Tak Gamak..,” – Cabaran Anak Autisme, Ramai Sebak Bila Fynn Jamal Luahkan Perasaan
Bukan calang-calang keluarga yang ‘dipilihNya’ untuk menghadapi ujian apabila memiliki anak istimewa.
Kecekalan dan kekuatan ibu bapa di dalam menjaga anak istimewa ternyata bukan sesuatu hal yang mudah untuk dilalui.
Itulah situasi yang dihadapi penyanyi Fynn Jamal apabila menghadapi cabaran dalam membesarkan anak sulungnya sejak disahkan menghidap autisme.
Menerusi entri di Instagram, Fynn ada berkongsi rakaman gelagat permata hatinya itu yang kini mencecah usia 9 tahun, Bakti Arjuna Fitri.
Fynn atau nama sebenar, Nur Affina Yanti Jamalludin berbuat demikian sebagai rekod rujukan doktor apabila anaknya mula meltdown.
Mengakui mempunyai banyak rakaman yang seumpama dengannya, Fynn akui ada ketikanya dia tidak tergamak untuk menonton video yang diambil.
“We have loads of videos like this. doctor suruh rekod everytime juna meltdown. utk cari common factors to why, what triggers etc.
“Walau tak dpt rekod setiap kali, mana2 sempat— dah macam homework dah kumpul data juna ni. haha.
“Truly, aku tak suka tgk balik. mmg lepas rekod, biar je dlm folder. tak gamak nak relive the moment hadap ni semua. tp yelah. sesekala, terrrlayan juga haha.
“Juna skrg on anti-psychotic meds. dia autism dlm spektrum severe. self harm. meltdown. hearing things. seeing things. kesian dia. tapi alhamdulillah. rezeki dia.
“Kadang-kadang kesian suami aku. dia sendiri on the verge of psychosis, lawankan juga demi anak dia. alhamdulillah sbb dia akur je dgn cikgu disiplin bab ubat ni haha. aku selalu pesan, aku ni kecik.
“Kalau both daddy dan juna mental collapse; sakti kecik lagi, aku tak tau nak dukung heret yang mana haha,” tulisnya.
Fynn pada masa sama menjelaskan, perkara tersebut menjadi antara punca dia agak menjauh dengan media sosial kebelakangan ini.
“You see, this video is but a simple reminder to why i am now distant on sosmed. Aku selalu bagitau;
my family comes first.
“Aku tak effort habis2an melainkan utk memampukan aku jadi bebas nak prioritikan suami dan anak2 aku. aku jadi boss sbb nak jadi surirumah. itu objektif aku.
“Segala selainnya adalah hal2 senggang yg ada ada, takde takpe. i dont HAVE to listen to your stories, but i like to. i may show indifference to your problem, but know— caring unnecessarily is what i do. Cumanya — all in good times. Itu sahaja.
“So kindly, kalau nak sgt layanan tiptop kelas pertama— go to psychiatrist, get to therapy. Good pay, good service. Aku ni buat percuma. sambil2 mendahulukan anak2 dan suami. pastinya servis aku paling corot dlm dunia.
“Sorry, but not sorry i place everyone and everything AFTER my family,” tulisnya panjang lebar.
Sementara itu ketika meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan mendoakan agar dia seisi keluarga tabah menghadapi cabaran membesarkan anak istimewa mereka.
Video yang muat naik melalui IG TV itu sudah pun menerima lebih setengah juta tontanan sejak dikongsi hampir seminggu lalu.
Foto: Instagram Fynn Jamal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perjuangan Perit Nirina Zubir Terbalas, Berjaya Dapat Kembali 4 Geran Tanah Arwah Ibu Daripada Sindiket Penipuan
Sekitar tahun 2021, Media Hiburan ada melaporkan kes penipuan tanah milik arwah ibu Nirina Zubir oleh pembantu rumah orang tua mereka yang sudah dianggap seperti keluarga.
Kini, perjuangan yang memakan tahun dan kos itu akhirnya berbaloi apabila dia berjaya mendapat kembali empat geran tanah milik arwah ibunya setelah jatuh kepada sindiket penipuan tanah
BACA JUGA: Nirina Zubir Menangis, Pembantu Rumah Disyaki Menggelapkan Harta Arwah Ibu Bernilai RM4.9 Juta
Berkongsi kepada pihak media, dia merasa senang kerana perjuangannya selama ini tidak sia-sia. Namun begitu proses yang dilalui bukanlah mudah sehingga memberi kesan kepada kehidupannya.
“Kalau ditanya bagaimana perasaan saya, rasanya bercampur aduk. Seharusnya saya gembira tapi pada satu sisi lain saya berasa wow kerana bukti konkrit berada di tangan.
“Proses yang dilalui sangat menyesakkan kerana sepanjang itu kami bertubi-tubi berhadapan dengan masalah yang mengejutkan,” kongsinya.
Kejadian penyelewengan tanah milik ibu Nirina secara haram oleh pembantu rumah orang tuanya diketahui setelah ibunya meninggal pada 2019, menyedihkan lagi bapanya pula meninggal dunia setahun kemudian.
Biarpun sudah mendapat empat geran tanah, masih ada empat lagi yang belum diperolehi. Namun begitu, kongsi Nirina, empat lagi geran tanah itu akan diperoleh dalam masa sebulan.
Imbas kembali, Nirina bersama abang dan adiknya melaporkan kepada polis tentang pembantu rumah orang tua mereka yang memalsukan dokumen untuk mendapatkan wang.
Selain itu pembantu rumah tersebut turut memanipulasi wang sewa rumah yang diusahakan oleh orang tua Nirina.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alhamdulillah, Alif Satar Kini Negatif Covid-19
Penyanyi dan pengacara Alif Satar memaklumkan dirinya telah disahkan negatif Covid-19.
Berita gembira itu dimaklumkan Alif menerusi Instagram, selepas 12 hari menjalani rawatan.
Di samping memanjat rasa syukur, Alif turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan
Imbas kembali, Alif telah disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu dan menjalani rawatan di Hospital Besar Melaka.
Selain Alif, beberapa ahli keluarganya iaitu datuk, ibu, bapa, dan adik bongsu Alif turut dijangkiti penyakit tersebut.
Foto: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI