Selepas setahun, pelakon popular Indonesia, Samuel Rizal akhirnya bersuara mengenai keputusannya untuk tidak hadir ke majlis pengebumian bekas isterinya, Stevie Agnecya, yang telah meninggal dunia pada 21 Mac 2024.

Pemergian Stevie sememangnya mengejutkan ramai, dan ketidakhadiran Samuel pada hari pengebumian bekas isterinya itu menjadi tanda tanya netizen serta peminat.

Namun, menerusi temu bual eksklusif bersama Melaney Ricardo, Samuel tampil menjelaskan sebab sebenar di sebalik keputusannya itu.

Tidak Hadir Pengebumian Bekas Isteri, Ini Alasan Samuel Rizal
Samuel dan Stevie ketika masih bersama.

“Saya bukan tak nak datang. Tapi pada masa tu, saya rasa hubungan antara saya, Cilla (anak kami) dan Stevie sudah ada jarak. Kami rasa semakin jauh dari dia sebelum pemergiannya,” jelas Samuel dengan jujur.

Ads

Hubungan antara Samuel dan Stevie suatu ketika dahulu cukup menjadi perhatian ramai, malah mereka pernah menjadi pasangan ‘power couple’ dalam dunia hiburan.

Namun, selepas berpisah, hubungan itu berubah secara perlahan-lahan. Bagi Samuel, keputusannya untuk tidak menghadiri pengebumian Stevie bukan kerana tidak menghormati, tetapi lebih kepada menjaga sensitiviti dan suasana majlis.

Ads

“Anggi, suami Stevie, adalah seorang pilotgram. Stevie pula selebriti media sosial. Kawan-kawan mereka pun ramai yang public figure.

“Kalau saya hadir, pasti jadi perhatian media. Saya tak nak majlis itu jadi tentang saya. Jadi, biarlah Cilla yang pergi mewakili,” tambahnya.

Ads
Tidak Hadir Pengebumian Bekas Isteri, Ini Alasan Samuel Rizal
Samuel bersama anaknya, Cilla.

Sekadar info, Samuel Rizal berkahwin dengan Stevie Agnecya pada 2012 sebelum bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Stevie kemudiannya berkahwin dengan juruterbang, Anggi Pratama dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI