Berita

Tidak Lagi ‘Free Hair’, Ini Jawab Nora Danish – “Lebih Tenang, Selesa Dengan Imej Sekarang.”

Share

Pelakon Nora Danish menjelaskan dia sudah lama pasang niat untuk tampil berhijab namun belum mempunyai kekuatan ke arah itu sebelum ini.

Mengulas mengenai dirinya yang kerap berkongsi foto bertudung di media sosial, Nora bagaimanapun memilih untuk tidak mengesahkan perkara itu, sebaliknya memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik.

“Doakan saya kekal istiqamah dengan imej terbaharu ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang (bertudung).

“Saya takut nak beritahu sudah bertudung sepenuhnya, sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT.

“Apa yang mampu saya kongsikan, doakan yang baik-baik dan semoga perubahan ini memberi kemanisan dalam hidup saya,” katanya.

Nora yang bakal mencecah usia 42 tahun turut menambah, dia ingin memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Saya buat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana usia saya pun bukan muda lagi.

“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama.

“Apapun terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” katanya lagi.

Terdahulu Nora mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila dia mulai kerap berkongsi foto yang sopan bertudung di Instagram kebelakangan ini.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH