Pelakon Dazrin Kamarudin mengakui dirinya rasa terkejut apabila terbaca mengenai kisah tentang seorang usahawan kosmetik yang berkongsi kisah peribadinya bersama sebuah portal sebelum ini.
Perasaan tersebut dirasakan pelakon My Darling, Inspektor Daniel itu memandangkan pada masa sama, usahawan tersebut didakwa masih berhutang dengannya puluhan ribu ringgit.
Kata Dazrin seperti yang dipetik Utusan Online, usahawan tersebut dilihat seperti tiada masalah biar beberapa rakan artis telah pun membuat laporan ke atas dirinya.
“Dia bagaikan tidak ada masalah sedangkan sebelum ini beberapa artis telah pun membuat laporan polis tentang penipuan yang pernah dia lakukan.
“Saya dilantik menjadi duta produk kecantikannya dengan nilai kontrak puluhan ribu. Namun sehingga hari ini dia masih belum menyelesaikan baki bayaran,”katanya seperti yang dipetik.
Ads
Berikutan hal tersebut, Dazrin turut memberitahu ada cuba menghubungi wanita yang dimaksudkan, tetap usaha tersebut gagal kerana semua panggilan dan pesanan ringkas yang diberikan tidak berjawab.
“Bukannya saya tidak pernah cuba untuk menghubungi, namun semuanya tidak berhasil. Saya tidak mahu sampai satu tahap saya pergi terjah ke rumah dia pula.
“Membaca kisahnya yang rapat dengan seorang artis lain ketika ini, saya mula rasa risau. Kalau boleh janganlah ada yang akan menjadi mangsa dia lagi selepas ini,” harap Dazrin.
Usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV), Iqbal Zulkefli tampil menjawab persoalan seorang pengguna Instagram susulan pendedahannya mengenai keakraban hubungan bersama bekas majikannya itu.
Menurut Iqbal, jika hubungan mereka tidak serius, dia tidak akan membawa pengasas kosmetik itu untuk bertemu orang tuanya sebelum ini.
Perkongsian tersebut dibuat Iqbal selepas menerima satu komen yang mahukan kepastian mengenai tarikh pernikahan, dan bukanlah mengenai ‘hampir kahwin’ sepertimana yang diperkatakan.
“Bising lh cerita kau ni. Asyik duk sembang hampir hampir hampir kahwin. Aku nk dgr tarikh kahwin. Bkn nk dgr kau ckp hampir kahwin bangang,” tulis pengguna Instagram terbabit.
Reaksi yang ditinggalkan itu sekali gus menarik perhatian usahawan terbabit.
“Di post terbaru, komen ini menarik perhatian saya (walaupun fake account).
“Mereka perlu tahu, Dato Seri Vida bukan orang awam. Juga mempunyai sejarah perkahwinan sebelum ini. Jika tidak serius, tidaklah saya bawa ke kampung bertemu Ummi. Logikkah kami melayan drama lebih 5 tahun? Tidakkah itu memenatkan? Lebih baik berkahwin sahaja dari dulu.
“Di belakang Dato Seri Vida, ada ramai pihak lagi yang harus diambil kisah agar kami semua hidup dengan tenang.
“Rutin harian, tanggungjawab kami tidak serupa mereka. Kami bercinta bukan sama seperti cinta monyet yang hanya membuang masa. Kami sangat sibuk dengan hal-hal penting lain,” balas Iqbal.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nourul Depp amat menitikberatkan penjagaan kesihatan baik dari segi diri sendiri dan kandungannya itu.
Nourul baru-baru ini ada berkongsi beberapa keping gambar yang melihatkan dia kini berada di sebuah gimnasium.
“Hari ni start gym pelan2.. Tak boleh lah kalau tak aktif masa pregnant ni. Nak bersalin senang, buat exercise (yang dibenarkan) , buat stretching , yoga ke atau jalan banyak2. Pi taman jalan keliling taman…
“Masa mengandung kat #zacharydepp i was so active. Memang senang bersalin…
“Dapatkan nasihat doctor dulu sebelum mulakan apa apa aktiviti sukan semasa mengandung. Pastikan tiada tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah serta tiada pregnancy diabetes. Ini penting…
“Tiada alasan untuk kekal aktif. Lagi2 kepada yang belum mengandung,” tulis Nourul di ruangan kapsyennya.
Aktiviti sihat itu dilakukan Nourul bersama anak perempuannya, Ayu Nazirah (hasil perkahwinan Nourul yang terdahulu).
Difahamkan, Nourul kini sedang hamil 25 minggu anak keempat hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp. Pasangan itu juga dikurniakan dua cahaya mata, Zachary Depp, 6, dan Raphael Depp, 4 tahun.
Foto : Instgaram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mengakui dirinya cukup gembira dan cuba untuk menjadi versi diri sendiri yang lebih baik bersempena dengan tahun baru ini apabila mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan secara sihat.
Katanya kepada MH, perlantikannya sebagai duta SSKlinic memberi ruang terbaik untuk mendapatkan bentuk tubuh lebih ideal dan dalam empat minggu, berat badannya kini susut sehingga 6 kilogram.
“Saya sangat gembira dan rasa lagi teruja apabila doktor yang pantau saya beritahu, berat saya boleh dikurangkan lagi kalau lebih berdisiplin, makan ikut waktu dan banyakkan minum air.
“Ingatkan 6 kilogram dalam tempoh sebulan itu sudah banyak, tapi katanya saya boleh turunkan lagi. InsyaAllah masih dalam proses dan kalau boleh, saya mahu miliki berat sekitar 80 kilogram, InsyaAllah,” jelas Dina optimis.
Ditanya sejauh mana kesukaran yang dihadapinya sepanjang proses untuk turunkan berat badan, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cinta Datang Lagi ini akui dirinya amat rindukan makanan segera.
“Ya saya akui sangat rindukan ‘jajan’. Berat saya ni 20 kilogram saja, selebihnya ‘jajan’ dan cokelat,” seloroh Dina.
“Saya tak nafikan memang susah. Bila pergi kedai pada peringkat awal tu, saya ambil kemudian terfikir untuk kurus jadi terpaksa letak balik. Kena kuatkan mental.
“Formula saya ialah, saya lebih gemar untuk kongsikan apa yang dilakukan sekarang dengan orang sekeliling. Jadi bila berbuat demikian, mereka akan lebih faham dan sensitif dalam soal pengambilan makanan.
“Saya bertuah kerana rakan-rakan pun menyokong. Misalnya di konti kalau kami ada buat ‘potluck’, ada yang akan bawa salad, air mineral dan sebagainya.
“Malah kalau kita terlupa, ada yang akan tegur sama ada makanan yang saya nak makan itu mengandungi gula atau sebaliknya. Mereka pula yang ingatkan, termasuklah ibu,” jelasnya lagi.
Tidak terlepas daripada ditanya isu body shaming yang diperkatakan ketika ini, wanita berusia 35 tahun ini menzahirkan rasa syukur apabila dirinya tidak diketahuinya secara terang-terangan.
“Seikhlasnya… tapi tak tahulah di belakang saya. Saya tidak pernah hadapi situasi kena body shaming secara berdepan. Alhamdulillah.
“Mungkin kerana personaliti saya yang seperti ‘kalau kau hentak aku, aku hentak kau balik.’ Pada masa sama saya juga suka bercakap dan bergurau, lebih-lebih lagi ketika ke udara.
“Sebab kalau kita terlalu sensitif pun, kita tak akan dapat ‘fun’ pun dalam hidup. Ia tak sampai pun ke hati, syukur. Mungkin lain orang lain pendekatannya.
“Cuma kalau di media sosial tu jangan cakaplah. Saya tak pernah ambil pusing pun. Kalau tengok komen saya sendiri pun sudah teruk, apatah dengan rakan-rakan industri lain?
“Sedih tengok komen yang diberikan dan saya sangat beruntung sebenarnya in that sense. Misalnya kalau tengok komen-komen netizen di media sosial Neelofa contohnya.
“Macam ada saja yang tidak kena. Bagi saya Neelofa tu macam dah perfect, apa lagi yang tak kena?,” katanya sejurus sidang media perlantikannya, di 3 Damansara, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, perlantikannya itu bermula sejak November lalu dan atas kapasitinya sebagai selebriti, bintang ini turut membantu di dalam mempromosikan program rawatan pelansingan SSSlim.
SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelansingan badan.
Pihaknya juga turut melancarkan kempen ‘Pay As You Wish’ yang mana buat pelanggan pertama kali, mereka layak menikmati rawatan percubaan yang bernilai sehingga RM470.00 mengikut terma dan syarat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Danny menganggap hasrat peminat untuk menyaksikan X-Factor untuk kembali bersatu atau membuat kemunculan semula agak sukar untuk direalisasikan.