“Tidak Mahu Sampai Satu Tahap Saya Pergi Terjah Rumah Dia Pula,” – Alamak, Siapa Usahawan Tu Dazrin?

Share

Pelakon Dazrin Kamarudin mengakui dirinya rasa terkejut apabila terbaca mengenai kisah tentang seorang usahawan kosmetik yang berkongsi kisah peribadinya bersama sebuah portal sebelum ini.

Perasaan tersebut dirasakan pelakon My Darling, Inspektor Daniel itu memandangkan pada masa sama, usahawan tersebut didakwa masih berhutang dengannya puluhan ribu ringgit.

Kata Dazrin seperti yang dipetik Utusan Online, usahawan tersebut dilihat seperti tiada masalah biar beberapa rakan artis telah pun membuat laporan ke atas dirinya.

“Dia bagaikan tidak ada masalah sedangkan sebelum ini beberapa artis telah pun membuat laporan polis tentang penipuan yang pernah dia lakukan.

“Saya dilantik menjadi duta produk kecantikannya dengan nilai kontrak puluhan ribu. Namun sehingga hari ini dia masih belum menyelesaikan baki bayaran,”katanya seperti yang dipetik.

Berikutan hal tersebut, Dazrin turut memberitahu ada cuba menghubungi wanita yang dimaksudkan, tetap usaha tersebut gagal kerana semua panggilan dan pesanan ringkas yang diberikan tidak berjawab.

“Bukannya saya tidak pernah cuba untuk menghubungi, namun semuanya tidak berhasil. Saya tidak mahu sampai satu tahap saya pergi terjah ke rumah dia pula.

“Membaca kisahnya yang rapat dengan seorang artis lain ketika ini, saya mula rasa risau. Kalau boleh janganlah ada yang akan menjadi mangsa dia lagi selepas ini,” harap Dazrin.

Foto: Instagram Dazrin

Published by
MH