Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman, ada memberikan nasihatnya mengenai mereka yang sedang berselisih pendapat.

Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man itu, sekiranya kita melihat ada dua pihak sedang berbalah, damaikanlah mereka.

View this post on Instagram

Dalil Surah Al Hujurot ayat 10. . إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ. . Maksud :"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu itu". . Dalil hadis. . لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ. . Maksud :“Tidak masuk Syurga nammaam / si batu api”. (Bukhari Muslim). . Dalil hadis lagi. . لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ. . Maksud :“Tidak akan masuk Syurga qottaat / si batu api". (Bukhari). . Apakah beza antara NAMMAAM DAN QOTTAAT ? Imam Ibnu Hajar Ulama besar mazhab Syafie menghuraikan dalam Fathul Bari syarah Sohih Bukhari dalam bab adab. . QATTAAT: Orang yang mendengar sesuatu daripada orang lain tanpa mengetahui makna sebenarnya, kemudian menyampaikan apa yang didengarnya kepada orang lain. . NAMMAAM : Orang yang ada di tempat kejadian ketika mengetahui suatu hal orang, kemudian dia sebarkan kepada orang lain. . Semoga cik man bukan NAMMAAM, tapi bila lapar memang cik man nak MAMAM. . Semoga cik man bukan QOTTAAT, tapi bila lapar cik man memang muka KETAT.

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on

“Saudaraku semua, bila kita nampak dua kumpulan atau dua orang saudara kita bergaduh atau ada salah faham, damaikanlah mereka.

“Cik Man sertakan dalil di ruangan caption,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Cik Man menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Jelas juara program Pencetus Ummah Musim Ke-2 itu lagi, ketika kita melihat orang lain sedang bertengkar, elakkanlah menjadi dua jenis individu ini.

“Dalil Surah Al Hujurot ayat 10. Maksudnya: Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu itu.

“Tidak masuk Syurga nammaam / si batu api”. (Bukhari Muslim). Tidak akan masuk Syurga qottaat / si batu api”. (Bukhari).

IKLAN

“QATTAAT: Orang yang mendengar sesuatu daripada orang lain tanpa mengetahui makna sebenarnya, kemudian menyampaikan apa yang didengarnya kepada orang lain.

“NAMMAAM : Orang yang ada di tempat kejadian ketika mengetahui suatu hal orang, kemudian dia sebarkan kepada orang lain,” kongsinya.

Dalam pada itu, Cik Man turut sempat bergurau mengenai dua terma yang dikongsikannya itu.

IKLAN

“Semoga Cik Man bukan NAMMAAM, tapi bila lapar memang cik man nak MAMAM.

“Semoga Cik Man bukan QOTTAAT, tapi bila lapar cik man memang muka KETAT,” selorohnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Cik Man diatas perkongsian tersebut selain turut berharap agar kita semua boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

“Tidak Masuk Syuga Si Batu Api,”- Suka Lihat Orang Bergaduh? PU Azman Kongsi Impaknya “Tidak Masuk Syuga Si Batu Api,”- Suka Lihat Orang Bergaduh? PU Azman Kongsi Impaknya “Tidak Masuk Syuga Si Batu Api,”- Suka Lihat Orang Bergaduh? PU Azman Kongsi Impaknya

Sumber: Instagram PU Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI