Dalam kemeriahan ramai yang menyambut baik rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini untuk kontinjen Malaysia di acara pembukaan Olimpik Paris 2024, ada juga pihak yang kurang setuju dengan rekaan tersebut.

Terkini, Setiausaha Agung Malaysia Chinese Association (MCA), Datuk Chong Sin Woon menyelar rekaan busana tersebut dan menyatakan bahawa ia tidak memiliki kepelbagaian yang melambangkan Malaysia.

“Inikah pakaian rasmi delegasi Malaysia ke Olimpik Paris yang Menteri Belia dan Sukan daripada DAP Hannah Yeoh bangga-banggakan itu?

“Mana janji kepelbagaian yang dipersetujui?” soal Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon mengulas rekaan yang dinamakan The Malaya itu.

Beliau turut menyatakan bahawa busana tersebut bukan sahaja tidak mewakili kaum Cina dan India bahkan turut mengetepikan identiti kaum di Sabah dan Sarawak.

“Ini tidak melambangkan karakterisik Malaysia langsung ia juga tiada kena mengena dengan sukan. Gagal,” akhirinya dalam satu hantaran di media sosial itu.

Imbas kembali, kelmarin telah dipersembahkan kepada umum bahawa atlet Malaysia yang terlibat dengan acara pembukaan akan mengenakan busana Rizman Ruzaini yang membawa tema The Malaya.

Rekaan tersebut terdiri daripada baju melayu teluk belanga lengkap sampin dan baju kurung lengkap kelubung diinspirasikan daripada warisan budaya Malaysia serta memberi penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berasal dari negeri Johor Darul Takzim.

Motif songket dijadikan tunjang utama berserta rona hijau zaitun yang akan kelihatan keemasan di bawah cahaya lampu. Sekaligus menggambarkan impian menggenggam pingat Emas untuk negara.

Sumber: Facebook Chong Sin Woon, Malaysia Kini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI