Hiburan

“Tidak Mengapa, Papa Akan Tetap Jaga Kamu Dari Syurga,” – Sayu Ucapan Jennifer Coppen Buat Anak, Genap 11 Bulan Usianya

Share

Pelakon Jennifer Coppen berjanji akan berusaha menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak perempuannya, Kamari Sky Wassink meskipun selepas pemergian suami, Dali Wassink.

Menurut Jennifer, dia akan sentiasa menamani dan berada disetiap perjalanan anaknya itu dari kecil sehingga menginjak dewasa.

“Selamat menginjak usia 11 bulan. Mama sayang awak sangat-sangat. Mama akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi figura ibu dan ayah untuk awak.

“Mama berjanji akan sentiasa ada untuk kamu walau apapun yang berlaku,” tulisnya.

Ucapan penuh makna itu dikongsikan oleh pelakon Habibie & Ainun 3 menerusi hantaran di Instagram Stories bersempena genap 11 bulan usia Kamari.

Sedar akan cabaran yang bakal ditanggung sebagai ibu tunggal, Jennifer menegaskan dirinya tidak akan pernah menyerah untuk memberikan kasih sayang yang sempurna buat puterinya itu.

“Walaupun ia akan menjadi sukar, selagi kita ada antara satu sama lain, segalanya pasti akan okay.

“Tidak mengapa, papa akan tetap menjaga kamu dari syurga,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Jennifer dan mendiang Dali telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2023.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir 28 Ogos tahun lalu.

Imbas kembali, mendiang Dali telah meninggal dunia pada 18 Julai akibat kemalangan jalan raya.

JeUntuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf