Susulan posting video Zarina Anjoulie yang mengaitkan nama Ifa Raziah berkaitan dengan konflik yang berlaku antara Zarina dan bekas teman lelakinya di Instagram baru-baru ini, Ifa Raziah tampil memberikan reaksi.
Ditanya sama ada dia tahu atau tidak berkenaan dengan isu tersebut kembali diperkatakan, Ifa memberitahu dia tidak begitu mengenali Zarina.
“Sebab saya tak kenal dia, saya tidak tahu dia siapa, artis ke tidak. Jadi penting ke untuk saya tahu apa yang dia cakap? Bagi saya benda tu tidak menjadi hasil buat saya, rasaya tak perlu ambil tahu kot.
“Kalau kita melayan orang yang bersikap begitu, kita pun akan sama level dengan dia. So level i lebih high class daripada dia. Jadi tak perlu nak layan orang-orang yang berfikiran negatif.
“Jadi kita postifikan diri kita, kena terus maju. Bukan memporak-perandakan hidup oran lain,” katanya kepada MH.
Ifa ditemui sejurus hadir menyokong rakan industri yang bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 malam tadi.
Terkini, Ifa bersama suami dan anaknya telah pun berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah buat pertama kali hari ini.
Sama ada apa yang berlaku menjejaskan fokusnya dalam menunaikan umrah, Ifa memberitahu perkara itu tidak berlaku.
“Alhamdulillah tak ada. Tidak menjejaskan saya. Lagi nampak ‘lambaian kaabah’ tu memanggil-manggil untuk saya ke sana,” jelasnya ringkas.
Foto: Instagram Ifa Raziah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI