Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan respon terhadap persembahannya ketika menyampaikan lagu Semalam di konsert final Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

Ramai yang memberikan kredit atas persembahan yang baik, ditambah paduan suara merdunya bersama Aina Abdul yang turut diberi kepercayaan membawakan lagu Purnama Merindu nyanyian asal Siti sendiri.

Bagaimanapun Siti tidak menafikan, dia agak gementar ketika ingin membawakan lagu berkenaan.

“Tidak Perlu Disangkal, Dia Penyanyi Yang…,” – Satu Penghormatan, Tok Ti Komen Aina Abdul Nyanyi Purnama Merindu “Tidak Perlu Disangkal, Dia Penyanyi Yang…,” – Satu Penghormatan, Tok Ti Komen Aina Abdul Nyanyi Purnama Merindu

“Sebenarnya nervous nak bawa lagu Aina. Sebab ia adalah lagu yang diangkat di Anugerah Juara Lagu sebelum ini dan Aina juga merupakan seorang penyanyi yang bagus dari segi teknikal. Saya pula hanya nyanyi ikut kemampuan.

“Saya cakap pada Chaan (pengarah muzik) yang saya nak gubah balik lagu Semalam. Saya tahu kemampuan saya setakat mana dan mungkin tak boleh ‘high pitch’ macam penyanyi asal. Jadi, saya mulakan lagu itu dengan sesuatu yang boleh menyentuh perasaan.

“Sebab itu tempo lagu tersebut kedengaran perlahan dan nyanyian saya sedikit mendayu-dayu,” katanya.

Ads

Siti menambah, pada asalnya, dia memilih lagu lain untuk dipersembahkan bersama Aina Abdul.

“Pada asalnya, saya memilih lagu Sumpah. Tetapi, lagu tersebut sudah dinyanyikan oleh Aisha Retno. Jadi selepas berfikir lagu Aina yang mana patut saya nyanyi, kami sebulat suara memilih Semalam.

“Kemudian, kita juga merancang untuk buat ‘style mash-up’, sebab Chaan kata lagu Purnama Merindu dan Semalam sesuai untuk digabungkan. Tapi fikir-fikir balik, kita bukan nak bertanding vokal pun, kita nak orang puas dengar apabila kita menyanyi,” katanya lagi.

Kongsi Siti, lagu Semalam dilihat memang menepati cita rasanya.

“Tidak Perlu Disangkal, Dia Penyanyi Yang…,” – Satu Penghormatan, Tok Ti Komen Aina Abdul Nyanyi Purnama Merindu“Tidak Perlu Disangkal, Dia Penyanyi Yang…,” – Satu Penghormatan, Tok Ti Komen Aina Abdul Nyanyi Purnama Merindu

Ads

“Lagu itu memang sedap. Jadi, saya pun cakap, ‘Aina, bagi Kak Iti lagu’. Kita dah minta dah… Alhamdulillah, Aina sambut baik permintaan saya,” kongsinya lagi.

Ditanya mengenai persembahan Aina membawakan lagu Purnama Merindu pula, Siti tidak menafikan Aina seorang penyanyi yang baik.

“Aina tak perlu disangkal lagi. Dia memang seorang penyanyi yang mempunyai penghayatan dan teknikal yang baik. Saya suka sangat bila ada penyanyi-penyanyi yang hebat macam ni bawa lagu saya.

“Dan lagu Purnama Merindu tu pun bukan mudah, Melayu dia perlu kuat kena ada lenggok. Jadi saya lihat ia satu penghormatan buat saya,” katanya.

Ads

“Tidak Perlu Disangkal, Dia Penyanyi Yang…,” – Satu Penghormatan, Tok Ti Komen Aina Abdul Nyanyi Purnama Merindu

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Foto: Azrul Rafie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI