Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan pemergian bekas pengurusnya, Ghazi Bin Mat Lawi sebagai suatu yang mengejutkan dan sukar untuk diterimanya.
Menurut Datuk Seri Aliff, sewaktu masih berkhidmat, allayarham Ghazi adalah individu yang bertanggungjawab menjaga soal fesyen serta makan dan minumnya.
“Doakan Al-Fatiha utk arwah @ghazi_ml semua hanya tinggal kenangan. Allahu… Saya berasa amat sedih dan juga amat mengejutkan kerana bekas kakitangan (bekas setiusaha saya yg masih muda berumur tgh 20an) saya yang pernah berkhidmat dengan saya hampir 4 tahun lamanya iaitu @ghazi_ml Ghazi Bin Mat Lawi telah meninggal dunia ke dan kembali ke rahmatullah.
“Secara jujurnya beliau seorang yang baik, seorang yang pelawak dan sering menjaga persiapan saya, fesyen saya, makanan saya serta minuman saya.
“Tidak saya sangka selepas tidak sampai 2-3 bulan beliau berhenti kerja, beliau sakit dan saya dikhabarkan beliau telah meninggal dunia.
Ads
“Walaupun Ghazi ni di kamera nampak seperti poyo tapi orang baik, menghargai kerjanya dan alhamdulillah selama beliau bekerja dengan saya hampir 4 tahun tidak mendatangkan masalah.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Datuk Seri Aliff menerusi sebuah video tribute yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia itu turut mendedahkan bahawa dirinya sukar untuk mencari pengganti sebaik sahaja Ghazi memohon untuk berhenti.
Ads
“Malah tidak pernah memburukkan saya walaupun dah berenti. Jauh sekali mengutuk saya walaupun dia tahu mengenai semua benda tentang saya.
“Susah nak cari pekerja macam Ghazi. Jom kita bersama-samalah kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.
“Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya kami sekeluarga. Semoga semua kawan-kawan saya mendoakan beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ads
“AMIN YA RAB. Saya yakin setiap orang yang hidup pasti akan menghadap Sang Pencipta,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tersentuh melihat perkongsian video daripada Datuk Seri Aliff itu.
Sumber; Instagram DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nazim Othman sering sahaja berkongsi gambar percutiannya di luar negara.
Lalu, bintang drama Monalisa ini juga ada memberikan motivasi buat golongan yang gemar melancong, tetapi malas untuk berusaha bagi mencapai impian.
“Macam mana nak travel selalu? Jawapannya, awak kena kerja dulu. Kalau kita malas, dari dalam bilik nak pegi dapur amik air pun rasa berat, maka janganlah ada perasaan iri hati tengok kehidupan orang lain lebih baik darimu.
“Saya pernah hidup susah. Susah sangat sehari cuma mampu bertahan makan roti sebungkus 50 sen tu je.
“I dealt with hardship and failure more than most people because I always strived for a better life and will keep doing that to be in the best elements.
“Life is shorter than we think. It’s not too late for U to start over,” tulis Nazim panjang lebar.
Nur Izzuddin Rusmani dan Goh Sze Fei berjaya menewaskan pasangan beregu lelaki No. 1 dunia dari China, Liang Wei Keng dan Wang Chang untuk mara ke final Terbuka Artik 2024.
Dalam kojohanan yang dianjurkan di Finland, Izzuddin – Sze Fei menang dengan mata 18-21, 21-17, 21-18 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama sejam.
Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama pasangan beregu negara itu yang telah menentang gandingan China itu dalam empat pertemuan.
Mereka akan menentang sama ada pemain Thailand Kittinupong Kedren dan Dechapol Puavaranukroh atau pasangan nombor 2 dunia dari Denmark, Kim Astrup dan Anders Skarup Rasmussen, di final.
Imbas kembali, tahun ini beregu Izzuddin – Sze Fei telah mememangi Terbuka Jepun dan Terbuka China.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!